Khamis, 16 Oktober 2025

DUN KERAMBUNAI LARIS PILIHAN CALON

Oleh. AKI NABALU dan ROZAILI KIRWAN

(Langkah Pilihan Raya)

Parlimen Sepanggar. Sejak diumum penamaan calon 16 November 2025 semalam politik negeri ini mulai bergerak mencari pilihan setiap orang politik yang bertanding mahu menjadi wakil rakyat.

      Kerusi Dun N. 16 Kerambunai terus memanas berikutan pelbagai parti mula  memilih mahu bertanding dikawasan tersebut walau ada yang tidak pernah muncul sebelum ini, penyandang wakil rakyat dun tersebut pada prn 16 adalah YB. Datuk Haji Yakub Khan mewakili Umno BN yang dilaporkan penduduk sekitar mesra rakyat semua kaum tanpa pilih kasih setiap kali turun padang kelapangan.

      Malah warga kampung kawasan Dun Kerambunai juga mendedahkan sepanjang Datuk Haji Yakub Khan menjadi wakil rakyat Kerambunai tidak pernah melupakan warga kampung, namun sebaik sahaja tersingkir dari kerajaan negeri pimpinan GRS beliau terus bergerak solo cuba memulihkan hubungan semua lapisan rakyat dalam kerusi Dun Kerambunai sehingga lah Dun Sabah bubar 16 Oktober 2025.

       Gerak langkah semua parti mula kelihatan memilih menjadi calon Dun Kerambunai yang mungkin dianggarkan lebih 8 penjuru setakat hari ini masing masing dengan agenda perjuangan mereka, semua kemunculan calon pelbagai parti bertanding bagi kerusi Dun Kerambunai adalah demokrasi terbaik namun bergantung pada rakyat berbilang bangsa dan agama bagi memilih yang terbaik.

       Orang orang kampung kini bijak memilih calon yang terus bersama rakyat tanpa memilih untuk ditemui apa tak lagi merungkai kehidupan mereka, tidak dinafikan ada juga orang kampung mendedahkan orang politik baru bila masuk kampung hanya berbual orang tertentu sahaja tanpa menghiraukan warga sekeliling. 

     Menurut warga kampung Dun Kerambunai, menjadi wakil rakyat bagi mereka adalah kemesraan semua rakyat jelata disamping keprihatinan sepanjang masa, bukan nya memilih orang tertentu yang didampingi tanpa mengambil kira perasaan rakyat yang diketepikan setiap kali menemui  mereka dalam apa juga majlis yang diadakan.

        Apapun rakyat Dun Kerambunai yakin mereka masih mampu memilih seseorang wakil rakyat yang tidak lupa orang kampung sepanjang masa disamping mesra rakyat tidak pernah pudar, prn ke 17 tidak akan dipersiakan bagi memilih calon yang tidak mesra rakyat apa tak lagi tidak pernah masuk kampung merungkai kehidupan semua rakyat tanpa ada yang tersisih ujar mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini,  tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

      
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan