Sabah. Menjelang orang negeri ini mengundi ramai orang politik menjanjikan ump
Malah sebilangan dari mereka juga bercakap besar mahu merubah kepimpinan Sabah sedangkan jumlah kampung dalam setiap dun ditandingi tidak dilawati, ada juga orang politik yang bercita cita menjadi wakil rakyat sedangkan jumlah kampung dikawasan yang ditandingi mereka tidak tahu amat melucukan.
Ini didedahkan Sekumpulan Orang Lama Sabah semasa menemui Media Terkini Harian yang meninjau suara pengundi dalam menempuh PRN ke 17, ramai sangat berpidato mahu menjadi calon untuk membantu rakyat pengundi mengubah lanskap politik dan kerajaan Sabah namun tak pernah lawat kampung ujar mereka.
Semangat tinggi mahu menjadi calon tidak cukup jika tidak berupaya melaksanakan lawatan mengenali penduduk disetiap kampung kawasan Dun ditandingi, malah tidak memadai langsung jika jumpa orang kampung meminta diundi dengan hanya janji terang bulan tanpa kenal orang dhaif dikawasan terlibat yang menanti kunjungan mereka.
Kumpulan Orang Lama Sabah mengaku banyak kali mereka terjumpa sebilangan orang politik yang mahu bertanding dalam PRN ke 17 kali ini hanya ghairah mahu menjadi wakil rakyat namun air kosong pun tidak boleh bagi, ini jelas perlu dihayati seluruh rakyat pengundi Sabah bagaimana mahu menerajui kepimpinan negeri jika diri sendiri tak ada kemampuan dan hanya mengharap elaun wakil rakyat jika diberi kemenangan soal mereka.
Pilihan Raya Negeri kali ke 17 tahun ini sangat mencabar dan bersungguh sungguh mahu rakyat Sabah mengundi mereka namun ada yang tidak pernah masuk kampung, ini lah yang harus dikaji seluruh rakyat Sabah yang mengundi pada prn ke 17 agar tidak termakan kata kata sedap dan manis sebilangan calon yang mengimpikan jawatan wakil rakyat di Sabah.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarag


Tiada ulasan:
Catat Ulasan