Sabtu, 11 Oktober 2025

SEBILANGAN PEMIMPIN DITENUNG RAKYAT

Oleh. Basron Kirwan dan Gifkir Aming

Borneo. Gelagat sebilangan pemim

pin politik Sabah yang berlumba lumba mahu menyertai pilihan raya negeri sedang ditenung kumpulan berdaftar sebagai pengundi sejauh mana pengetahuan mereka terhadap keperluan rakyat.

         Rakyat pengundi Sabah juga mendakwa terdapat orang parti politik meminta sokongan undi namun tidak pernah tahu pengundi luar bandar betapa derita meniti kehidupan, malah rakyat pengundi Sabah yakin janji tidak menjamin perubahan hidup mereka jika pemimpin politik gagal turun membantu setiap perkampungan luar bandar tegas mereka. 

       Beberapa aktivis masyarakat Sabah yang menemui Media Terkini Malaysia mempertikai pemimpin yang bertanding pilihan raya namun tidak pernah jumpa rakyat luar bandar, mungkin kah orang politik seumpama hanya terfikir mahu meraih undi rakyat supaya menang menjadi wakil rakyat namun tidak pernah tahu kampung dan kehidupan rakyat yang mengundi ujar mereka. 

      Dalam jelajah Media Terkini Sabah, kebanyakan pengundi dibandar dan luar bandar mendakwa masa prn ke 17 kini tidak lagi bermakna segala ungkapan kata janji tanpa bakti untuk rakyat jelata, pengundi masa kini mahu melihat orang politik yang mampu berbakti pada rakyat sepanjang masa dan bukan politik bermusim sahaja yang penuh mengeciwakan warga miskin diperingkat luar bandar ujar mereka.

      Apapun prn ke 17 negeri Sabah kali ini rakyat perlu bijak memilih orang politik yang berkemampuan melawat kampung serta mampu membantu pengundi yang dhaif, bukan orang politik yang sekadar meraih undi tanpa kenal asal pengundi ditempat yang mereka tandingi  sama ada pengundi mampu atau tidak diungkap janji mencapai kemenangan undi pilihan raya.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan