Indonesia. Lebih seratus nelayan
mengepung Kapal
Selain nelayan lelaki golongan ibu ibu juga turut mengibarkan kain rentang menolak semua aktiviti Petronas dikawasan tersebut yang banyak memusnahkan peralatan nelayan dikawasan berkenaan sejak tahun 2024, janji pembayaran telah dijanjikan oleh pihak Petronas pada 2024 namun tidak sampai pada golongan nelayan sehingga kehari ini entah dimana menghilangkan tanpa berita ujar mereka.
Ini didedahkan oleh Faisol Rahman nelayan yang berada dikepungan Kapal Petronas yang dilaporkan beberapa hari sudah berada dikawasan berkenaan tanpa berganjak malah melepaskan golongan kabel didasar laut, kes seumpama banyak merosak segala alat perikanan mereka yang tidak ada penjelasan isu pembayaran yang telah dipersetejui bersama sejak setahun yang lepas menyebabkan ramai warga nelayan yang marah jelasnya.
Faisol Rahman mengaku ada juga berita yang pembayaran telah dilaksanakan namun entah siapa yang menjadi orang tengah menerimanya menyebabkan semua nelayan berputih mata menanggong kerugian kemusnahan alat perikanan mereka, malah selagi kami seluruh nelayan dikawasan ini belum menerima pampasan yang dituntut sejak tahun 2024 kami tidak membenarkan apa apa aktiviti yang dilakukan oleh Kapal Petronas dalam perairan tempat kami mencari makan sepanjang tahun katanya.
Mujurlah para nelayan hanya mengusir Kapal Petronas dari kawasan perairan tempat lubuk pencarian mereka menangkap ikan sepanjang tahun walaupun ada juga yang melaporkan ramai membawa senjata tajam, namun beberapa kepala nelayan yang berada ditempat kejadian mampu mengawal keadaan sehingga golongan terlibat menyembunyikan semula senjata tajam yang mereka bawa didalam sampan nelayan mereka tanpa sebarang kejadian berlaku.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang


Tiada ulasan:
Catat Ulasan