Sabtu, 11 Oktober 2025

MAMPUKAH PENGUNDI MEMILIH CALON TERBAIK?

Oleh. Helary Sukiono dan Joupis Anak Lagau

Borneo. Dalam menanti pilihan raya negeri Sabah

pada bila bila masa sahaja, sudahkah pengundi Sabah tekad memilih calon yang berjiwa rakyat membantu tidak
pilih kasih semua rakyat yang dijaga.

     Pertumbuhan calon yang mewakili parti bukan sedikit hasil penonjolan para pegawai yang dilantik individu yang mengharap dipilih calon, namun malang sekali ramai rakyat keciwa dengan pegawai yang dipilih menemui rakyat bersikap tidak mahu mendengar suara pengundi dan hanya bercakap naluri hati.

        Ini merupakan trend jentera calon yang melobi menjadi calon dalam prn kali ke 17 dalam Sabah sehingga ramai rakyat yang membisu dan membiarkan percaturan tidak bermakna, sebaliknya rakyat jelata menunggu calon yang membawa semua jentera mereka bercakap jujur dan mendengar suara pengundi didalam kawasan masing masing tanpa mengeciwakan.

      Jika ada calon parti politik jujur bersama semua jentera sayap mereka diperingkat Dun masing masing pasti majoriti pengundi akan memberi sokongan pada mereka, ramai calon tidak menyedari sebilangan jentera parti bawahan mereka menjadi kajian pengundi sejauh manakah ketelusan dan kejujuran mereka pada pengundi ujar rakyat yang ditemui.

      Sebagai pengundi kuasa rakyat lebih besar dari calon dan jentera penggerak kempen mereka yang kerap kali mengguris jiwa rakyat dengan hujah mereka yang penting kuasa dan diri sendiri, jarang sekali yang berjuang untuk membela pembangunan dan ekonomi pengundi setempat melainkan memusuhi politik lain dan mempertahan calon mereka agar kekal menguasai jawatan lantikan politik jelas pengundi.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan