Rabu, 8 Oktober 2025

PRN SABAH SALING BERTEMBUNG

Oleh. Jopis Anak Lagau

Sabah. Pengundi negeri ini saling menanti pengundian disamping menunggu calon calon yang layak
bertanding dalam pilihan raya negari dalam masa terdekat. 

     Parti parti besar yang dilaporkan bersaing meraih undi rakyat jelata adalah, Barisan Nasional, Pakatan Harapan, Perikatan Nasional, Warisan, PKDM, Gabungan Rakyat Sabah GRS, Parti Solideriti Tanah Air Ku STAR dan rakan nya SAPP disamping beberapa parti kecil Sabahan yang turut menyertai PRN ke 17 ini.

      Ini dijelaskan beberapa rakyat Sabah yang menjadi pengundi lebih empat penggal yang lepas dimana semua janji serupa diungkap sebilangan pemimpin parti politik menjelang pilihan raya negari yang lalu, kini rakyat jelata negeri Sabah mula memilih calon yang berkerja berpanjangan menemui rakyat jelata tidak memilih darjat bangsa agama mahupun keturunan semua ditemui tanpa ada yang disisihkan sepanjang 5 tahun.

       Media Terkini yang menyelami sebilangan jiwa pemimpin parti politik dan segenap jiwa rakyat jelata yang berdaftar sebagai pengundi amat berbeza beza demi menyampai kempen pada rakyat, ada orang pemimpin parti politik yang memilih ketua PDM atau Cawangan bagi meminta undi pada mereka sebaliknya ada pula pemimpin politik yang turun padang temui semua rakyat pengundi.

       Apapun PRN ke 17 sentiasa ditunggu golongan pengundi Sabah bagi memilih pemimpin yang terbuka untuk semua rakyat jelata tanpa pangkat dan jawatan parti, lebih cukup rakyat pengundi tanpa kedudukan yang ditemui calon atau pemimpin parti politik berbanding bergantung orang yang diberi jawatan sahaja.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus pengiklanan dan penyiaran Akbar Media Terkini  Kuala Lumpur.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan