Khamis, 23 Oktober 2025

KERAJAAN MADANI PERLU TEGUR BANK GAGAL MASUK STAR

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Kerajaan Madani perlu menegur pengurusan perbankan yang gagal mengurus wang Sara semua penerima sehingga 24 Oktober masih belum lagi diperolehi. 

      Bayangkan orang kampung yang tinggal lebih 15 kilometer turun memeriksa bank mereka bagi memerlukan wang bantuan namun hampa bila langsung tidak ada kemasukan, ini sangat membebankan orang kampung jika perbankan tidak melaksanakan tugas yang telah diamanahkan oleh kerajaan melibatkan Sarawak dan Sabah.

      Isu wang bantuan Sara yang diumum sejak 18 Oktober 2025 masih lagi belum masuk dalam akaun penerima terutama beberapa bank sahaja berstatus swasta, ianya bukan sahaja  merugikan orang kampung malah membebankan kos perbelanjaan mereka bagi membayar kos pengangkutan awam malah mengguris perasaan warga kampung tegas mereka.

     Sehubungan dengan pendedahan ini rakyat menggesa kerajaan campurtangan bagi mempercepatkan pembayaran Sara yang telah diumumkan lebih awal, jangan sampai rakyat terus menunggu sehingga November 2025 untuk memeriksa bantuan sara mereka yang tinggal lebih 15 kilometer dari bandar kawasan perbankan tegas mereka penuh kesal. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar hatian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur.
 

RAGAM SABAH MENJELANG PILIHAN RAYA?

Oleh. Joupis Anak Lagau dan Rojaili Kirwan 

Sabah. Warga veteran terkilan banyak muka baru berkeliaran dimerata tempat menjelang prn kali ini entah siapa dan dari mana mereka. 

      Ada yang meminta wang terang terangan walau badan sihat dan ada juga menyoal individu terpilih mahu kemana dan dari mana namun tidak memperkenalkan diri mereka siapa dan tugasan nya. 

       Kejadian ini dirakam pembaca Akbar Media Terkini Borneo beberapa hari yang lepas tanpa ada yang mencurigai mereka sebenar walau kerap menemui berpindah randah tegas mereka. 

      Ramai juga terkilan mengapa golongan terlibat dibiarkan terus bebas melakukan kerja seumpama secara bebas berpindah randah tanpa pemantauan pihak berkuasa setiap masa, trend seumpama juga sekali lagi dilapor berlaku pada menjelang pilihan raya negeri pada 29 November 2025 bagi perebutan sebanyak 73 kerusi dun Sabah sebagai pilihan pembentuk kerajaan Sabah.

      Agenda penyoal siasat tanpa dikenali orang sekeliling dan tidak nemperkenal diri siapa mereka yang sesuka hati menyoal rambang orang ditemui sangat nenakutkan, demikian juga peminta sedekah sangat berani serta menunggu  orang tepi meja sehingga dibahagi orang ramai baru beredar berpindah ke meja lain ujar orang awam.

      Semua warga pengundi perlu berwaspada dengan tingkah laku golongan terlibat yang dilapor ramai agar jangan membiarkan diri menjadi mangsa mereka, sebaik nya dalam berjalan sepanjang pilihan raya negeri Sabah biarlah bersama saudara mara supaya sentiasa terkawal dan menggerunkan golongan peminta sedekah.



Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan Pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor

 

APA RAKYAT SABAH PERLU TAHU?

Menjelang pilihan raya 
negeri Sabah rakyat negeri tersebut perlu tahu sesuatu dengan bayangan politik semasa mereka agar tidak keliru dengan pemilihan calon dan parti yang bertanding.

      Sabah memiliki 73 kerusi Dun yang akan dipertamdingkan namun rakyat pengundi Sabah sering kali keliru pada calon calon bertanding siapa dan dari mana asal mereka, malah terlalu muda mendapat pelbagai isu soal politik Sabah dan Malaya tidak diketahui bagaimana mereka (Rakyat Sabah) terlalu mempercayainya tanpa berfikir panjang isu kerakyatan pemacu politik.

       Ruangan ini akan sedaya upaya mengupas Isu Politik Sabah selagi mendapat maklumat terperinci setiap hari antara politik Sabah dan Malaya yang panas membara permainan orang politik untuk rakyat, demikian juga politik aman dan stabil bagi Sarawak bumi Kenyalang yang terus kerjasama dengan kerajaan pusat madani tanpa sengketa walau pelbagai parti Malaya dikawasan mereka. 

      Sesiapa yang menyertai ruangan ini boleh sediakan teks bergambar asli dan nama penuh serta belum disiarkan kepada akbar lain, hubungi Basron Kirwan, Norsham Haji Tukirin dan Joupis Anak Lagau serta Lenny Noor Abdullah @ George ditalian 01138554026 dan 0194827829 Waktu Pejabat Sahaja.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang


 

Rabu, 22 Oktober 2025

ORANG PARTI POLITIK PALING SIBUK

Oleh. Jusupi Anak Kurdi dan Koijul Hairol

Sabah. Melangkah menjejaki golongan berda

ftar sebagai pengundi dalam setiap dun yang diwakili orang politik adalah satu kewajaran, namun kebanyakan golongan terlibat hanya santai kedai kopi tanpa menjejaki sebenar warga desa terpencil dan ramai bilangan pengundi.

        Kebanyakan rakyat miskin luar bandar yang sentiasa diladang mereka pada sepanjang hari sering tercicir dengan kunjungan orang politik, ramai orang politik melawat dikampung sekalipun hanya berkumpul pada sesuatu tempat yang dihadiri orang yang sentiasa lapang masa berbanding pengusaha tani.

        Tidak hairan lah ramai warga kampung yang miskin mengakui hanya orang politik yang meluangkan masa berkunjung kerumah mereka layak dipilih betapa mereka faham kehidupan orang miskin, ramai warga desa luar bandar mendedahkan juga kemiskinan orang Sabah sebenarnya masih tinggi jika dijejaki luar bandar namun tidak ada yang sanggup mendedahkan nya jelas mereka penuh kesal. 

      Ini adalah suara penduduk yang jarang sekali ditemui orang politik setiap kali menanti pilihan raya berjalan akibat kesibukan ditanah pertanian mereka, tidak hairan lah jika pertumbuhan parti politik baharu dengan para pemimpin muda langsung tidak memahami situasi serupa sekadar berjalan senyap dipekan dan bandar menemui rakyat.

       Ada juga orang parti politik lebih menggunakan laman sosial persendirian mereka berbanding akbar akbar yang didaftarkan jenama rasmi khususnya bagi Sabah, tidak hairan lah ada orang politik tertentu sengaja tidak menjawab panggilan Akbar Akbar yang telah didaftarkan entah mengapa ianya boleh terjadi dalam zaman IT masa kini.

       Apapun rakyat jelata harus memahami sebenar orang politik dalam 73 kerusi Dun Sabah yang mana sanggup datang kerumah orang miskin dengan bantuan iklas tanpa dipohon, jika semuanya sekadar datang dengan ungkapan manis air liur lebih baik dan patah balik semula kekawasan mewah dalam bandar agar tidak melihat orang susah dan miskin tegar.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

 

PRODUK COSLO MINUMAN BERKHASIAT TINGGI

Masyarakat berbilang bangsa dan agama boleh mencuba minuman herba ini walau dimana juga berada asalkan berkeyakinan melanggani nya. 

      Sembilan herba terpilih didalam minuman ini yang berkhasiat tinggi keatas setiap penggunanya setiap masa terutama yang berkerja keras setiap 

hari.

      Produk COSLO yang mula dipasarkan sejak tahun 2005 terus unggul sehingga kehari ini dan mendapat langganan yang meluas.

      Semua tempahan boleh dibuat kepada Lenny Noor Abdullah @ George, Williem Anak Lagau, Norsham Haji Tukirin, Basron Kirwan ditalian Media Press Malaysia. Tel 01138554026 dan 0194827829 Waktu Pejabat Sahaja.

TEMPAHAN DILUAR WAKTU PEJABAT TIDAK AKAN DILAYAN.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

GAZA BELUM ADA KEAMANAN KHUSUS

Oleh. Huzera Ben dan Helary Sukiono

Bumi Gaza. Pelan damai dan gencatan senjata baru lebih semin

ggu berlalu namun Israel sudah melakukan beberapa kali pengeboman, antara alasan mereka adalah memusnahkan perlindungan pejuang Hamas serta terowongan dalam tanah yang dibuat pejuang tersebut.

      Alasan Israel langsung tidak masuk akal berikutan yang mati bergelimpangan adalah wanita dan kanak kecil yang berteduh dibawah runtuhan bangunan kediaman mereka, ada kah para pemimpin negara maju seluruh dunia hanya sekadar menonton kekejaman yang dilakukan Israel tanpa merujuk perlanggaran tersebut kepada Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu.

      Israel juga kerap kali menutup sempadan bagi laluan penghantaran bantuan makanan, perubatan, pakaian sehingga masih ramai warga Gaza kebuluran, semua ini hanya ditonton seluruh dunia namun belum ada yang mampu menghukum zionis Israel sampai masa kini membuatkan Israel terus angkuh mengebom Gaza.

      Pendedahan warga Palestin dibumi Gaza betapa zionis Israel terus mengganas dan membunuh penduduk Gaza tanpa perikemanusiaan walau tidak berkaitan dengan Hamas, warga Gaza juga bertanya apa pengertian Israel dengan Pelan Damai dan Gencatan Senjata jika mereka masih terus mengebom bumi Gaza sampai ramai yang terbunuh warga Palestin jelas mereka.

        Satu harapan penduduk Gaza adalah bantuan pengaman bangsa bangsa bersatu dapat memasuki bumi mereka bagi melakukan kawalan yang lebih selamat berbanding cengkaman Israel, segala perilaku zionis Israel langsung tidak ditepati walaupun memeterai perjanjian pelan damai dan gencatan senjata sedangkan mereka yang melakukan pengeboman berulangkali tegas mereka.

      Israel juga dilaporkan memiliki pemberontak upahan dipesisir sempadan tebing barat bagi mengganggu ketenteraman warga Palestin berhampiran, pemberontak upahan terlibat juga dibayar oleh zionis Israel setiap kali mereka melakukan kekacauan demi kelangsunan kerjaya dan kehidupan setiap keluarga mereka.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Selasa, 21 Oktober 2025

IBU IBU DAN NELAYAN KEPUNG KAPAL PETRONAS

Oleh. Helary Sukiono 

Indonesia. Lebih seratus nelayan 
mengepung Kapal
Petronas diperair
an wilayah kerja north Madura 11 perairan Ketapang Kabupaten Sampang dekat sini.

       Selain nelayan lelaki golongan ibu ibu juga turut mengibarkan kain rentang menolak semua aktiviti Petronas dikawasan tersebut yang banyak memusnahkan peralatan nelayan dikawasan berkenaan sejak tahun 2024, janji pembayaran telah dijanjikan oleh pihak Petronas pada 2024 namun tidak sampai pada golongan nelayan sehingga kehari ini entah dimana menghilangkan tanpa berita ujar mereka. 

       Ini didedahkan oleh Faisol Rahman nelayan yang berada dikepungan Kapal Petronas yang dilaporkan beberapa hari sudah berada dikawasan berkenaan tanpa berganjak malah melepaskan golongan kabel didasar laut, kes seumpama banyak merosak segala alat perikanan mereka yang tidak ada penjelasan isu pembayaran yang telah dipersetejui  bersama sejak setahun yang lepas menyebabkan ramai warga nelayan yang marah jelasnya.

       Faisol Rahman mengaku ada juga berita yang pembayaran telah dilaksanakan namun entah siapa yang menjadi orang tengah menerimanya menyebabkan semua nelayan berputih mata  menanggong kerugian kemusnahan alat perikanan mereka, malah selagi kami seluruh nelayan dikawasan ini belum menerima pampasan yang dituntut sejak tahun 2024  kami tidak membenarkan apa apa aktiviti yang dilakukan oleh Kapal Petronas dalam perairan tempat kami mencari makan sepanjang tahun katanya.

        Mujurlah para nelayan hanya mengusir Kapal Petronas dari kawasan perairan tempat lubuk pencarian mereka menangkap ikan sepanjang tahun walaupun ada juga yang melaporkan ramai membawa senjata tajam, namun beberapa kepala nelayan yang berada ditempat kejadian mampu mengawal keadaan sehingga golongan terlibat menyembunyikan semula senjata tajam yang mereka bawa didalam sampan nelayan mereka tanpa sebarang kejadian berlaku.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang