Jumaat, 24 Oktober 2025

ZIONIS ISRAEL TIDAK BERPENDIRIAN?

Oleh. Huzera Ben dan Helary Sukiono

Tebing Barat. Tentera zionis Israel dilaporkan tidak berpend
irian bila mana mereka sering menukar perancangan mengebom dan membunuh dibumi Gaza. 

      Dalam pelan damai dan gencatan senjata sekalipun, seringkali tentera zionis Israel menukar peranca
ngan, kearah mengebom mana kawasan kediaman orang Palestin, sehingga terlalu banyak kemusnahan dan kematian orang orang Palestin yang tidak berdosa melibatkan kanak kanak serta wanita.

     Malah warga Palestin juga mendedahkan sebilangan tentera Israel umpama mengikut hati dan naluri bila melakukan sesuatu serangan dipercayai sebagai Upahan Tentera, langkah ketenteraan mereka dilapor sangat meragukan bila dalam masa singkat berubah mengebom dan seketika pula damai dan gencatan senjata semula diteruskan. 

      Inilah yang terjadi dibumi Gaza sebaik sahaja Israel mencengkam kekuasaan memusnahkan bumi Gaza dengan membunuh semua Pejuang Hamas dan kumpulan nya, penderitaan seluruh rakyat Gaza sehingga hari ini masih dibelenggu kematian oleh serangan tidak menentu rejim zionis Israel yang kerap berubah setiap hari ujar warga Gaza. 

      Sampai bila kes seumpama hanya menjadi tontonan seluruh dunia tanpa tindakan membebaskan bumi Palestin dari cengkaman kekejaman Israel berterusan tanpa penghujung, kejujuran para pejuang di bumi Gaza sudah jelas menyertai pelan damai dan gencatan senjata namun masih juga dicabuli rejim zionis Israel tanpa kesudahan ujar warga Gaza.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan