Sabah. Pecahan pengundi rakyat disetiap dun yang dipertandingkan hanya merugikan
Sebagai contoh jika setiap dun berlaku sampai sembilan calon pastinya rakyat setempat akan rugi sendiri jika semua calon terlibat diundi semua, sebaliknya kebijaksanaan rakyat pengundi perlu ada demi memilih calon yang baik berbudipekerti dan bukan nya mendabik dada berhadapan rakyat.
Antara suara pengundi Sabah yang dijejaki kru Media Terkini Malaysia penghujung Oktober 2025 melihat kemunculan keghairahan parti parti menurunkan calon mereka pada prn ke 17 kali ini, seramai 73 kerusi dun Sabah dipertandingkan dan bayangkan jika ada 9 hingga 13 calon yang bertanding disetiap 1 dun bayangkan 73 kerusi dun dipertandingkan bagaimana hendak memilih ujar rakyat berdaftar pengundi.
Ramai pengundi orang lama dalam negeri Sabah mengingatkan golongan pengundi baharu supaya bijak meneliti calon yang turun bertanding demi masa depan kawasan mereka, calon calon yang memilih warga didekati, enggan bersikap terbuka dengan masyarakat sekeliling serta hanya kenal rakyat menjelang pilihan raya tidak wajar diberi peluang memimpin kawasan masing masing jelas mereka.
Semua pemilihan bakal wakil rakyat terletak diminda pengundi sebelum memangkah kertas undi, oleh itu semuanya bergantung para pengundi supaya tidak termakan dengan kata kata manis demi mengejar kemenangan menjadi wakil rakyat ujar pengundi yang ditemui.
Untuk rekod sepanjang tahun 2025 jelajah Media Terkini Malaysia di Sabah pelbagai ragam orang yang menawarkan diri menjadi calon prn ke 17, ada memilih orang untuk didekati, ada juga langsung tidak kenal dengan rakyat walaupun berdepan dengan mereka serta jauh lah menghulur bantuan pada orang kampung.
Ramai warga calon yang mahu bertanding pada prn ke 17 ini lebih kepada mengejar menjadi wakil rakyat semata mata, peranan membela orang susah, merangka kehidupan orang kampung tidak pernah dirangka sebagai pedoman pengundi memilih calon yang berwibawa.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
.jpg)



