Isnin, 18 Julai 2022

SIAPAKAH GERANGAN MERÈKA? 

Oleh. Basron Kirwan 

Sabah. Sesiapa yang menjelajah negeri ini pasti akan bertanya sesama sendiri siapakah mereka ini berkeliaran disepanjang jalan sepanjang hari tanpa hentinya bagai semua lorong jalan mereka semua yang punya. 

Anehnya golongan ini sentiasa dikerumuni kenderaan pelbagai jenis 

sehingga menyekat pelbagai kenderaan lain dibahagian belakang namun disebabkan berurusniaga tanpa dikesan jenis barangan dijual walaupun sangat laris dipandang mata.

Menurut beberapa orang asli Sabah yang ditemui, golongan mereka yang berkeliaran dilorong lorong tepi jalan raya serta berdudukan berbaris bersama anak anak terlalu kecil adalah penjual rokok seludup disamping peminta sedekah terancang bagi menagih simpati orang senang.

Tidak kurang juga mendakwa ada juga urusniaga pelbagai jenis serbuk atau bungkusan kecil yang disembunyikan tempat tersorok sebelum ada pelanggan yang menempah produk terlibat secara tersembunyi dan tidak melibatkan orang yang menjauhi produk yang dijual sepenuh nya.

Kebanyakan warga asli negeri Sabah turut hairan melihat golongan terlibat terus bebas berkeliaran mencari wang dengan urusniaga barang seludup disamping bebas meminta sedekah setiap hari bagai kebal tanpa kelihatan pihak berkuasa negeri Sabah ujar mereka. 

Kru Media Terkini dimaklumkan peniaga dan pengemis berkenaan sudah berlarutan lamanya namun muka mereka langsung tidak bertukar sedang penghuni kota dan setiap pekan sudah silih bertukar ganti dengan muka muka baru ujar warga asli negeri ini.








Nota. Dilarang  membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Press Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan