Khamis, 21 Julai 2022

CORETAN SEMASA 

Perjuangan didalam industri penyiaran merupakan satu cabaran yang cukup besar dan mampu melumpuhkan minda diri jika tersilap langkah gerak setiap hari. 

Sepanjang perjuangan mempertahankan industri penyiaran pelbagai cabaran telah ditempuhi  malah kerap kali dipersendakan oleh golongan tertentu membuatkan Media Terkini terus mengurak langkah bersiaran harian sehingga hari ini. 

Sungguhpun Media Terkini hari ini bersiaran harian setaraf dengan akbar antarabangsa namun masih ada pihak tertentu yang berusaha mahu membelakangkan penyiaran akbar tersebut dengan menempah pengiklanan tanpa membayar harga bertahun terkenal berstatus orang politik.

Sesetengah ahli parti politik di Sabah berpura pura tidak mengenali akbar ini  walaupun beroperasi sejak tahun 1998 malah sebilangan ahli parti politik bagai enggan mendepani beberapa wakil kami yang kerap membongkar kelemahan kepimpinan politik kepentingan peribadi mereka sendiri. 

Berdasarkan pendedahan berita berita semasa didalam akbar ini sambutan pembaca cukup memberangsangkan, namun sebut sahaja memohon pengiklanan siaran dalam akbar ini bukan senang mencari malah terlalu ramai yang mengharap pelbagai penyiaran secara percuma. 

Apapun reaksi didalam Sabah yang menanti siaran percuma sememangnya hak mereka berikutan belum ada kemampuan mereka membela nasib rakyat jika mereka terpilih menjadi wakil rakyat dimana akhirnya menunggu pencen sahaja bila berjaya, namun akbar ini akan terus dipertahankan selagi mampu bersama pelanggan diseluruh asia. Pengarang




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran  dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan