Sabtu, 16 Julai 2022

PARLIMEN KENINGAU PANAS 

Oleh. Basron Kirwan 

Keningau. Rakyat seluruh parlimen Keningau terus menghitung masa tibanya pilihan raya parlimen siapakah perjuangan yang menambat hati mereka dalam kepimpinan jangkamasa panjang. 

Politik masa kini bagi kawasan Parlimen Keningau adalah terlalu banyak yang menawar diri namun yang jelas berusaha menawan kerusi tersebut ialah Gabungan Rakyat Sabah, Barisan Nasional, Warisan dan Pakatan Harapan malah terdapat beberapa parti kecil cuba meraih sokongan pengundi kawasan tersebut.

Parlimen Keningau memiliki tiga kerusi Dun iaitu Dun Tambunan, Dun Bingkor dan Dun Liawan dengan keseluruhan majoriti pengundi adalah kawasan KDMR berbilang agama walaupun terdapat pengundi lain jaum namun terlalu sedikit bilangan nya. 

Berdasarkan sumber warga Parlimen Keningau, seandainya berlaku pertembungan calon dari GRS, PAKATAN HARAPAN, WARISAN, PBS dan BARISAN NASIONAL impian rakyat mendakwa Barisan Nasional mampu menawan kerusi tersebut dengan kerja keras bermula lebih awal. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan