Ahad, 24 Julai 2022

PERCATURAN PARLIMEN PANAS 

Oleh. Jasly Dollah 

Tuaran. Empat kerusi Dun bagi mendepani Parlimen pru ke 15 akan datang cukup panas melibatkan Dun Dalit, Dun Sulaman, Dun Tampaluri dan Dun Kiulu cukup menjadi persoalan siapakah parti politik rakyat akan pilih. 

Dun Dalit kebanyakan penduduk Samah Bajau, Cina, Sino Dusun dan beberapa suku etnik lain menetap dikawasan Dun tersebut, demikian juga Dun Sulaman yang ada Samah Bajau, Dusun, Cina dan beberapa etnik lain dikawasan tersebut.

Bagi Dun Tampaluri pengundi terbanyak Dusun, Samah Bajau dan Cina serta beberapa etnik lain menetap dikawasan tersebut, manakala Dun Kiulu pengundi utana suku Dusun, Melayu, Cina dan juga beberapa etnik lain yang menduduki kawasan tersebut. 

Berdasarkan maklumat status pengundi Parlimen Tuaran pemilihan calon bagi semua parti bertanding adalah etnik yang diterima semua lapisan masyarakat setempat, antara pemilihan calon yang disenangi rakyat ualah kaum Samah Bajau yang mesra semua rakyat manakala etnik Dusun perlu juga memiliki hubungan akrab dengan semua kaum melibatkan pengundi orang Melayu sepanjang masa. 

Menurut sumber suara penduduk di Dun Tampaluri dan Dun Kiulu semua penentu calon bergantung mewakili parti mana dalam pru ke 15, jika berlaku pertembungan seperti GABUNGAN RAKYAT SABAH DIKETUAI PARTI PERIBUMI BERSATU MALAYSIA, WARISAN, PAKATAN HARAPAN dan BARISAN NASIONAL, bukan muda setiap parti memilih calon memandangkan pengundi parlimen Tuaran memiliki pemilihan luas dan berwawasan outonomi jangkamasa panjang tegas mereka. 

Impian pengundi parlimen Tuaran hanyalah mahu melihat pemimpin yang kerap melawat rakyat disamping memiliki keupayaan bersuara secara umum demi membela semua lapisan rakyat walau dengan apa cara sekalipun, jika ahli parti politik sekalipun enggan menemui rakyat luar bandar dan langsung tidak berani bersuara dengan timbunan pelbagai masaalah rakyat elok merubah dari sekarang tegas mereka yang ditemui. 

Apapun pendedahan parlimen Tuaran kali ini semua parti politik harus merenung jauh dengan kuasa pengundi dalam setiap kali pilihan raya  berjalan supaya matlamat parti politik mereka dapat sokongan padu semasa pru kali ke 15 akan datang. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan