Ahad, 10 Julai 2022

Berita Ringkas 

KETANGKASAN PIHAK BERKUASA DIPUJI 

Oleh. Koijul Hairul

Kuala Lumpur. Sebijak mana pun perbuatan mempersendakan agama Islam namun umat Islam seluruh negara memuji pihak berkuasa yang berjaya menahan wanita menanggalkan separuh pakaian nya termasuklah menanggalkan tudung disalah sebuah kelab di ibu negara beberapa hari lepas. 

Bayangkan seorang wanita Islam sanggup menanggalkan tudung didepan vedio dan kamera tanpa berfikir panjang risiko menjejaskan nama baik agama nya sendiri dimata masyarakat antara bangsa yang beragama Islam. 

Ramai umat Islam didalam negara ini mendesak agar golongan yang mempersendakan agama Islam disiasat lebih terperinci dan jika cukup bahan bukti perbuatan mereka disengajakan ianya dapat dihukum setimpal dengan kesalahan mereka.

Sejak kebelakangan ini ramai yang mempersendakan agama Islam sama ada didalam negara mahupun diperingkat luar negara tanpa segan golongan terlibat mempamerkan gambar yang menjatuhkan imej orang beragama Islam. 

Terdapat juga golongan yang sanggup menyebarkan vedio diluar negara yang mendakwa beragama Islam telah keluar memilih agama lain demi tatapan umat Islam dinegara ini tegas beberapa pembaca media terkini.

Sebagai masyarakat yang mempunyai kekuatan iman didalam Islam apapun cara mempengaruhi diri tidak pernah tunduk diperdaya meruntuhkan iman dalam ke Islaman malah terus mempertahankan Islam sebagai agama mereka.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Press Kuala Lumpur. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan