Jumaat, 8 Julai 2022

MANTAN PERDANA MENTERI TERBUNUH 

Oleh. Huzera Ben

Jepun. Mantan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe terbunuh dalam tembakan dari arah belakang ketika sedang berucap dalam kempen pilihan raya negara tersebut di bandaraya Nara Barat hari ini.

Penembak dilaporkan bekas tentera laut  dan telah diberkas pasukan polis Jepun untuk siasatan lanjut dan dilaporkan juga pistol digunakan telah dirampas pasukan polis negara tersebut.

Isu kejadian tembakan tersebut perlu diambil perhatian seluruh dunia terutama negara negara membangun agar meningkatkan kawalan setiap kali kempen pilihan raya, musuh musuh politik sentiasa mencari helah bagi memusnahkan setiap insan yang mereka rasakan menggugat diri mereka dimasa akan datang. 

Sungguhpun pasukan perubatan bertungkus lumus berusaha berganda menyelamatkan bekas Perdana Menteri tersebut namun ianya gagal akibat kecederaan teruk dilaporkan pada bahagian leher belakangnya dan negara tersebut kebilangan pemimpin yang berjasa besar pada negara mereka sehingga keperingkat dunia. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan  Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan