Sabtu, 16 Julai 2022

Berita Ringkas 

PARLIMEN SEPANGGAR MILIK SIAPA ? 

Oleh. Jaitos Dumiri 

Kota Kinabalu. Perebutan kerusi parlimen Sepanggar panas berikutan tidak ada tanda tanda permaufakatan parti parti yang khusus sama ada pihak pemerintah mahupun pembangkang. 

Kerusi Parlimen Sepanggar masa kini diterajui Wakil Rakyat dari Parti Warisan Sabah dan ianya pasti akan terus dipertahankan sebagai parti tempatan Sabah, dipihak parti memerintah pastinya akan dipertahankan oleh Barisan Nasional kemungkinan dari parti UMNO dan ada juga sumber melaporkan Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan cuba meletak calon pilihan mereka.

Jika percaturan ini berlaku parti dari Pakatan Harapan kena berfikir mempertahankan tradisi kehendak suara rakyat Sabahan mahukan parti tempatan memimpin dikawasan tersebut dengan satu pilihan wakil dari parti UPKO yang boleh bersaing dengan perebutan kerusi tersebut. 

Perkiraan seumpama memberi kelebihan pada parti UPKO jika berlaku pertembungan calon seperti berikut, GRS meletak calon mereka, BN meletak calon mereka, Warisan Pertahan kerusi tersebut, PBS dilaporkan mengintai peluang mahu meletak calon dan Pakatan Harapan boleh menarik nafas lega jika memberi kepercayaan pada UPKO mendepani kerusi tersebut dengan kerja keras bermula dari masa kini jelas pemerhati politik parlimen Sepanggar.

Kerusi Parlimen Sepanggar memiliki tiga kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Dun Darau (Warisan) Dun Inanam (Parti Keadilan Rakyat) dan Dun Kerambunai (UMNO BN) penyandang wakil rakyat masa kini.

Perhitungan semua parti yang mahu bertanding merebut kerusi kawasan tersebut perlu berkerja menemui rakyat dari sekarang dan bukan hanya hadir majlis keramaian atau kesusahan namun membuktikan kemampuan membantu masaalah rakyat yang memerlukan.

Ramai orang parti politik setempat sekadar mempamerkan kehadiran mereka dalam pelbagai majlis keramaian, musibah kesusahan khususnya kematian namun ianya sekadar ditempat tempat bersifat golongan tertentu tanpa meneliti isu yang lebih luas dimata masyarakat pengundi parlimen Sepanggar.

Ramai masyarakat parlimen Sepanggar yakin jika Pakatan Harapan memberi peluang pada UPKO menerajui politik sebagai pilihan calon parti tersebut mampu mendepani rakyat jika menggerak jentera mereka lebih awal.

Apapun semua ini bergantung percaturan politik dari masa kesemasa jika berlaku pertembungan ramai calon bertanding pasti rakyat boleh memilih parti yang berwibawa membela masa depan parlimen Sepanggar dengan penuh kemajuan dan peningkatan ekonomi rakyat setempat terus diperkasakan.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan