Jumaat, 8 Julai 2022

COVID 19 GEMPUR SELURUH DUNIA 

Oleh. Huzera Ben 

Rusia. Dunia terus mencatat kematian serangan covid 19 sejak tahun 2020 sehingga hari ini berjumlah 6,412,044 orang manakala kes jangkitan berjumlah 556,600,887 orang sementara catatan masih dalam rawatan berjumlah 25,467,717 dalam tempoh yang sama.  

Amerika Syarikat terus mendahului angka kematian tertinggi serangan covid 19 sejak tahun 2020 sehingga hari ini berjumlah  1,045,080 orang, disusuli negara Brazil berjumlah 673,126 orang manakala negara India berjumlah 525,343 orang.

Covid 19 umpama tidak gentar dengan pelbagai jenis vaksin berikutan negara negara maju sejak tahun 2020 terus diserang sehingga hari ini termasuklah negara Rusia mencatat kematian 381,499 orang, negara Mexico berjumlah 325,976 orang manakala negara Peru berjumlah 213,623 orang dalam tempoh yang sama.

Sejak tahun 2020 sehingga hari ini juga negara United Kingdom terus mencatatkan kematian serangan covid 19 berjumlah 180,718 orang, disusuli negara Itali berjumlah 168,864 orang, negara Sepanyol berjumlah 159,605 orang, negara Indonesia berjumlah 156,781 orang dan negara Perancis 149,943 orang. 

Bagi negara Jerman sejak tahun 2020 sehingga hari ini angka korban covid 19 berjumlah 141,758 orang, negara Iran juga berjumlah 141,420 orang, negara Colombia berjumlah 140,202 orang.

Turut menjadi sasaran covid 19 sejak tahun 2020 sampai hari ini ialah negara Argentina berjumlah 129,109 orang, negara Poland berjumlah 116,449 orang, negara Ukraine berjumlah 108,656 orang dan negara Afrika Selatan berjumlah 101,868 orang. 

Dalam konteks ini semua warga diseluruh dunia wajar memakai penutup hidung dan mulut setiap kali berada dikhalayak orang ramai bagi memutus rantaian covid 19 apa tak lagi seluruh negara negara membangun.










Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Press Kuala Lumpur. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan