Sabtu, 9 Julai 2022

AIDILADHA TAHUN 2022  

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Sambutan hari raya aidiladha yang jatuh pada 10 Julai 2022 masih terlalu awal untuk dihuraikan namun bayangan seluruh negara bergema dinikmati termasuklah negara negara jiran tetangga berhampiran.

Benarkah Aidiladha hanya mengorbankan Ternakan Lembu setiap tahun ? Satu persoalan yang kerap didengar setiap individu yang ditemui oleh kru Media Terkini Asia sejak beberapa minggu yang lepas. 

Kemeriahan Aidiladha sememangnya diluar jangka namun perlu di ingat bahawa Virus Covid 19 masih terus menyerang seluruh dunia tanpa tunduk dengan pelbagai jenama VAKSIN YANG DISUNTIK pada manusia sehingga hari ini.

Sesiap juga yang tersilap langkah bakal berhadapan dengan pelbagai virus covid 19 terutama warga emas disamping golongan mengidap penyakit kronik sudah pasti perlu berwaspada sepanjang sambutan aidiladha agar Allah sentiasa memberi perlindungan yang ternaik. 

Sehingga berita ini ditulis ramai dilihat sekadar mengutus kata kata manis dan lunak dilaman sosial penyedap hati, namun jauh beza dengan pertembungan muka berhadapan ada yang tak kenal walau berpuluh seringkali berjumpa.

Sama sama muhassabah diri jangan sesekali lunak bicara dilaman sosial namun didepan muka langsung tak kenal diri malah melintas bertentang mata bagai nampak musuh didalam belantara.

Pengorbanan adalah saling merendah hati menegur rakan tanpa mengira darjat atau agama dan keturunan didepan mata sepanjang masa, bukan bermasam muka bertentang mata namun lunak bicara dilaman sosial tidak ada tandingan nya umpama bibir mereka lah yang terbaik.












Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan  Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan