Jumaat, 15 Julai 2022

BUMI KENYALANG SEPAKAT 

Oleh. Williem Anak Lagau

Kuching. Gabungan Parti Sarawak bersama PBB terus maufakat dengan keutuhan sokongan rakyat berbilang bangsa dan agama walau apa juga cabaran yang mendepani perjuangan mereka warga Sarawak terus bersatu menyokong pemerintah mereka. 

Tidak pernah timbul kepimpinan mereka berebut menjadi calon melainkan akur dengan sebarang keputusan para pemimpin tertinggi kerajaan mereka bagi membuat sebarang keputusan demi kesinambungan kemajuan rakyat negeri mereka. 

Bumi Kenyalang juga bukan calang calang dicabar politik luaran berdasarkan kejujuran dan keiklasan dan keprihatinan seluruh pemimpin parti politik mereka terhadap seluruh rakyat tanpa berlaku pilih kasih seperti diluar bumi kenyalang.

Berapa ramai kah politiking mampu mencontohi perjuangan semua pemimpin parti politik setempat dalam konteks mendepani pru kali ke 15 akan datang?, masih terlalu awal melihat perkembangan politiking  disetiap negeri dalam Malaysia masa kini termasuk juga negeri Sabah bagi mendepani pru kali ke 15 dimasa akan datang.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Press Kuala Lumpur. Editor 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan