Khamis, 14 Julai 2022

MISTERI LEMBAGA BERCAHAYA TERBANG DIWAKTU MALAM 

Oleh. Jaitos Dumiri 

Sabah. Warga Sabah gempar berikutan kejadian bagai lembaga terbang bulat merah terbang diwaktu malam dalam suasana hari raya aidiladha baru baru ini. 

Kejadian ini tular dengan pantas bagi mengingatkan semua orang agar menjaga diri didalam pergaulan harian melibatkan pasangan yang bukan muhrim agar menjauhi perbuatan diluar jangkaan dalam kehidupan hsrian mereka. 

Lembaga terlibat menyerupai bentuk bulat mirip cahaya api merah sekeliling tanpa dilihat dari mana datangnya namun dilaporkan cukup menakutkan jika bersemangat lemah jelas beberapa warga yang pernah mengalami melihat lembaga serupa. 

Beberapa pakar mahluk ghaib dalam negeri ini yang sempat dihubungi mendakwa, objek terlibat mirip bebola api bagai terjelur lidah mencari golongan yang berbuat dosa antara lelaki dan wanita tanpa ikatan, ianya muncul disekitar kampung kediaman salah seorang dari pasangan terlibat sebagai peringatan orang kampung agar bertindak sebelum parah ujar mereka. 

Sebaik sahaja mahluk terlibat menjelma beberapa saat dan disaksikan penduduk yang warak setempat maka ia akan ghaib sendiri ditengah belukar tanpa dikesan lagi lapor penduduk yang mahir mahluk berkenaan.

Bebola Api Terbang juga mempamerkan bagai lidah terjelir berwarna merah  sepanjang ia terbang bagaikan sesuatu petanda telah berlaku dikampung berkenaan tegas pakar mahluk ghaib dalam negeri ini. 

Sama sama memelihara seluruh keluarga agar tidak terjebak dengan perbuatan melibatkan perkara yang tidak senonoh antara lelaki dan wanita demi memelihara adat resam apa tak lagi mencemar nama baik pelbagai agama masing masing. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiara  dan Pengiklanan Media Terkini Press Kuala Lumpur. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan