Jumaat, 8 Julai 2022

RAKYAT RAMAL PKR BOLEH 

Oleh. Gason Dumiri 

Sabah. Pakatan Harapan dari PKR mendapat jolokan boleh  jika rakyat beri mereka peluang dalam pru ke 15 namun ianya memerlukan kerja keras diperingkat akar umbi demi meminta segala sokongan rakyat pengundi tanpa ada sebarang yang tercicir.

Pakatan Harapan dan PKR dilaporkan boleh mendapat sokongan undi dikalangan rakyat jika gerak petugas diperingkat cawangan benar benar berusaha mendekati semua rakyat penuh prihatin dan bertimbangrasa dalam semua hal dan bukan nya muka masam bila berdepan semua rakyat jelata yang berdaftar selaku pengundi lapor rakyat jelata dibeberapa kawasan parlimen Sabah hari ini.

Untuk rekod di Sabah Pakatan Harapan dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parti DAP, Parti AMANAH dan Parti UPKO yang masih mengharap sokongan penuh rakyat di 25 kerusi parlimen namun rakyat jelata masih menanti  kehadiran pemimpin bahagian turun padang dengan harapan pemimpin cawangan membantu  merangka program mereka bersama warga desa mendepani senario politik setempat. 

Pakatan Harapan boleh mendapat input sokongan padu dari segenap lapisan rakyat jelata dalam seluruh 25 kawasan parlimen Sabah tanpa bergantung harap maklumat golongan pemimpin cawangan, apapun  impian pakatan harapan dalam 25 kawasan parlimen Sabah terserah kepada sokongan rakyat negeri ini bagi menerima perjuangan mereka selepas pru ke15 akan datang.










Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor  
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan