Ahad, 10 Julai 2022

QURBAN TAHUN 2022  

Oleh. Gifkir Aming 

Ibadah Qurban tahun 2022 disambut sedarhana golongan 

 yang berkemampuan namun bagi golongan yang hidup susah hanya berdiam dirumah masing masing.

Kebanyakan Qurban disalur kepada negara negara luar berbanding dalam negara sendiri malah ada orang kampung dalam negara sendiri dilaporkan kurang mendapat perhatian sedangkan warga dinegara asing terus dihulur pelbagai bantuan tanpa terhitung. 

Antara beberapa pandangan penduduk sepanjang menyambut hari raya QURBAN tahun ini melihat rakyat dibeberapa negara Islam berpusu pusu bantuan QURBAN tiba berbanding dalam negara sendiri sepi tanpa QURBAN kunjung tiba.

Beberapa bulan sebelum tibanya aidiladha pelbagai badan NGO saling bergerak mencari dana bagi menjayakan pelbagai QURBAN namun setibanya hari menjalankan ibadah QURBAN tidak nampak perlaksaan menyeluruh matlamat mereka disetiap perkampungan yang dihuni umat Islam lapor warga tempatan.

Sehubungan dengan pendedahan orang ramai ini, segenap lapisan masyarakat perlu bertindak bijak dalam menjayakan sebarang program korban agar tidak ada warga umat Islam yang tercicir.












Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Press Kuala Lumpur. Pengarang 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan