Rabu, 30 Jun 2021

PENELITIAN IKAN BASAH PERLU  

Oleh.Gason Dumiti   

Penelitian bagi setiap pembeli ikan basah wajar diutamakan sama ada didalam mahupun luar negara bagi memastikan kebersihan dalam semua aspek demi kebaikan semua pembeli apa juga jenis ikan basah. 


Kebanyakan tenaga pekerja pemunggahan dan pemindahan ikan basah kurang menitikberatkan kebersihan seolah olah para pekerja tidak menghiraukan ikan ikan yang ada didepan mata bakal terpijak akibat kecuaian para majikan mereka yang tidak membimbing dan menjaga para pekerja setiap hari.

Menurut orang ramai yang ditemui, jika majikan sentiasa menjaga semua pekerja mereka pastinya corak pemunggahan dan pemindahan ikan ikan basah sentiasa bersih namun jika disebaliknya berlaku pastinya ikan ikan yang dipunggah pindah tidak akan terjamin kualiti kebersihan nya ujar orang ramai yang ditemui.

Dalam situasi seumpama semua warga harus saling berkerjasama bagi memantau aspek kebersihan pemunggahan dan pemindahan ikan ikan basah dimana juga lokasi agar semua pembeli ikan basah sentiasa terjamin kualiti ikan ikan basah yang mereka beli setiap waktu.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan