Khamis, 24 Jun 2021


 ISU PENGAMBILAN SAHIH HALALNYA 

Oleh. Basron Kirwan

Madu Kelulut merupakan produk yang menjadi rebutan pelbagai lapisan masyarakat berbilang bangsa dan agama bukan sahaja dalam Malaysia malah diperingkat luar negara juga turut menggua Madu Kelulut penuh khasiat.

Beberapa pengguna Madu Kelulut beragama Islam yang ditemui mengingatkan pembeli (Beragama Islam) agar meneliti penjual atau pemilik setiap Madu Kelulut sama ada diusahakan orang Islam atau sebaliknya jelas mereka.

Tambah mereka lagi, pengendelian penyedutan, penyaringan, dan pembotolan bagi setiap umat Islam harus mematuhi piawaian halal dimana dilakukan penuh kebersihan diri dan sekitar proses penyedutan, penyaringan dan pembotolan demi memastikan semua perlaksanaan mestilah bersih sepenuhnya disisi hukum Islam ujar mereka.

Kru Media Terkini dimaklumkan ramai bukan beragama Islam mengusahakan Madu Kelulut serta memproses sendiri untuk dijual namun tidak siapa yang tahu sistem pemprosesan mereka mematuhi piawaian  Halal bagi umat Islam atau sebaliknya.

Dalam konteks ini umat Islam kena bijak memilih pengendalian Madu Kelulut sesuai dengan tuntutan Agama Islam agar berstatus HALAL samalah dengan pengendalian pembuat kueh mueh mee goreng bukan Islam perlu berterus terang pada umat Islam agar tidak terpedaya membeli dengan makanan jualan mereka jelas pengguna Islam yang ditemui.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan