Ahad, 27 Jun 2021


 Oleh. Basron Kirwan 

KAWALAN RONDAAN PERLU DIPERTINGKATKAN 

Kuala Lumpur. Kerajaan pusat dan setiap negeri wajib mempertingkatkan kawalan rondaan disetiap bandar, pekan, perumahan dan perkampungan yang kerap memiliki jangkitan agar semua rakyat setempat mematuhi penjarakan diantara satu sama lain sepanjang masa.

PKP 3.0 tidak banyak berkesan bagi memutuskan rantaian covid 19 selagi rakyat Malaysia termasuk Sarawak dan Sabah tidak berhenti bebas berjiarah sesama sendiri dalam jarak bersesak sesak tiap hari sama ada didalam kampung atau sekitar pekan tanpa mematuhi jarak dan pemakaian pelitup muka dengan sempurna.

Sesetengah warga mencadangkan kepada kerajaan pusat dan setiap negeri menggandakan kawalan serta rondaan terhadap sikap masyarakat yang lalai mematuhi penjarakan diri serta menggantug pelitup muka didagu setiap hari.

Kelalaian masyarakat tertentu yang mengabaikan penjarakan diri diantara satu sama lain serta tidak memakai pelitup muka dengan sempurna dengan menutup mulut dan dagu sahaja menyebabkan jangkitan terus meningkat saban hari.

Menurut masyarakat prihatin langkah melanjutkan PKP 3.0 tidak akan menurunkan kes covid 19 selagi rakyat dikawasan berisiko tidak dikawal penjarakan diri serta pelitup muka disangkut pada dagu setiap hari tanpa menggandakan rondaan kawalan ketat pasukan beruniform tegas mereka.

Kru Media Terkini dimaklumkan warga Malaysia prihatin, betapa peningkatan kes covid 19 berlaku akibat masyarakat sekeluling masih tidak mematuhi penjarakan diri serta mengabaikan pemakaian pelitup muka setiap hari cara terang terangan ujar mereka.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan