Jumaat, 18 Jun 2021

 Oleh. Williem Anak Lagau

JANGAN LETAK RAKYAT DALAM DELEMA 

Kuala Lumpur. Pemberian suntikan vaksin kepada seluruh rakyat dinegara ini tidak perlu meletak sesuatu tarikh tutup agar rakyat tidak tertekan dan gelisah dalam mendepani pandemik covid 19.

Cadangan menetapkan tarik tutup penyuntikan vaksin  covid 19 adalah idea terdesak tidak bertanggongjawab  dan secara umum dangkal, lemah, malas, tidak berhemah malah melanggar prinsip perubatan dan kemanusiaan. 


Satu kenyataan keras Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Presiden UMNO demi membela rakyat dalam desakan mengejut pihak yang berkuasa cuba mencadangkan tarikh tutup pendaftaran vaksin covid 19 tanpa memberi ruang pada rakyat yang lambat mendaftar masa kini.

Menurut Pengurusi Barisan Nasional tersebut, perbuatan memberi tekanan menyeluruh keatas seluruh rakyat yang terlewat mendaftar tanpa mendekati masaalah sebenar mereka harus ditegur demi kebaikan disamping mempertingkatkan aset turun padang menemui serta menerangkan dan mendaftar rakyat yang tinggal diluar bandar katanya.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga persoal jika tarikh tutup pendaftaran vaksin covid 19 ditetapkan, adakah sejumlah rakyat yang terlambat mendaftar atas sebab yang munasabah akan dihukum atau tidak langsung diberi suntikan vaksin covid 19 buat selamanya tanpa menyelamatkan mereka katanya.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan