Isnin, 7 Jun 2021


 Oleh. Koijul Hairol

PKP 3.0 WARGA DESA TERKURUNG 

Sabah. Cabaran perlaksanaan PKP 3.0 telah menyekat seluruh warga desa untuk bergerak kepekan mahupun bandar sebagai langkah membantu kerajaan memutuskan rantaian virus covid 19 termasuklah varian yang lebih berbisa.

Kebanyakan warga desa yang terkurung dilaporkan warga asli Sabah termasuklah golongan pesara kakitangan keeajaan serta para pesara anggota keselamatan Tentera dan Polis dipelusuk desa dalam negeri ini.

Namun dalam melewati sekitar pekan dan bandar dalam negeri ini terdapat persoalan orang ramai mengapa penjual rokok seludup (warga asing) masih berkeliaran termasuklah para pembuat kasut tepi tepi lorong bangunan kedai masih beroperasi tanpa sekatan ujar orang asal Sabah yang ditemui.

Kesesakan disetiap SJR dalam negeri ini terus ditempuhi semua warga Sabah yang sama sama berusaha membantu kerajaan negeri memutuskan rantaian virus covid 19.

Namun warga asli Sabah meminta terhadap kerajaan negeri supaya bertindak sama rata keatas warga asing penjual rokok seludup mahupun penjahit kasut dilorong lorong bangunan kedai agar dihentikan sama dengan warga desa dihalang keluar kepekan dan bandar ujar mereka yang ditemui.

Kebanyakan warga asli Sabah yang ditemui berharap supaya warga asing yang bertaburan menjual rokok seludup disetiap tempat dalam negeri ini diburu habis habisan agar sama sama memutuskan rantaian covid 19 tegas mereka.








Nota.  Dilarang membuat ulasan berita atau memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan