Selasa, 29 Jun 2021


 Oleh. Huzera Ben

COVID 19 TIADA PENGHUJUNG 

Mesir. Dunia terus menghadapi cabaran memutuskan rantaian covid 19 sehingga kini berikutan kes kematian meningkat sehingga kehari ini, malah setiap negara negara maju juga dilaporkan meningkat terus jangkitan tanpa berhenti walaupun pelbagai vaksin telah dipergunakan bagi mevaksin seluruh rakyat mereka tanpa henti sampai masa kini.

Antara luahan masyarakat sebagai mengulas jumlah kematian serangan virus covid 19 seluruh dunia hari ini yang telah melebihi 3.93 juta orang sementara jangkitan pula melebihi 181.86 juta orang melibatkan semua negara negara maju. 

Amerika Syarikat terus mencatatkan kematian serangan covid 19 lebih 619,424 orang sementara jangkitan sehingga hari ini telah melebihi 34.49 juta orang.

Negara India pula terus merekodkan kematian serangan covid 19 sehingga hari ini lebih 396,761 orang manakala jangkitan pesakit lebih 30.27 juta orang.

Brazil juga mencatatkan kematian serangan covid 19 lebih 513,544 orang serta jangkitan juga meningkat sehingga lebih 18.42 juta orang.

Di Perancis covid 19 terus membunuh lebih 110,968 orang dengan kes jangkitan juga meningkat lebih 5.71 juta orang, negara Rusia merekodkan kematian serangan covid 19 lebih 110,968 orang berserta jangkitan sehingga hari ini lebih 5.45 juta orang.

Dua negara tersebut Turki merekodkan kematian serangan covid 19 lebih 49,576 orang dengan jangkitan penyakit 5.40 juta orang, Indonesia juga terus merekodkan kematian serangan covid 19 lebih 57,138 orang sementara jangkitan penyakit tersebut lebih 2,115,304 orang.









Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan