Khamis, 10 Jun 2021


 Oleh. Basron Kirwan

TIGA PEMIMPIN PARTI MEBGADAP KE ISTANA 

Kuala Lumpur. Majlis mengadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Al-Sultan Adullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini didahului oleh Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden PAS  memasuki pintu 2 Istana Negara jam 10.18 pagi hari ini.

Sebaik Wakil PAS selesai mengadap di Istana  Negara jam 10.45 pagi hari ini kelihatan Presiden MCA Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong juga kelihatan memasuki Istana Negara lebih kurang  jam 11.15 pagi hari ini.

Protem Pejuang Tun Dr. Mahathir Mohammad juga dilihat memasuki pintu Istana jam 3.00 petang tadi dalam semua pemimpin tertinggi parti mengadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Turut mengadap Di Istana Negara hari ini ialah Datuk Seri Panglima Mohd. Shafiee Haji Apdal Presiden Parti Warisan Sabah merangkap Bekas Ketua Menteri Sabah lebih kurang jam 4.21 petang. 

Dilaporkan Majlis Raja Raja Malaysia akan mengadakan mesyuarat khas pada 15 dan 16 Jun 2021 akan datang.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan