Ahad, 13 Jun 2021


 Oleh. Basron Kirwan 

TELUR DIPUJA DEPAN TANGGA 

Awas pengamal sihir mampu melakukan amalan khurafat memuja Telur depan rumah yabg dikehendaki semata mata dengan niat mahu memusnahkan kehidupan atas permintaan busuk hati semata mata dengki mahupun dendam kesumat.

Satu kejadian terbaharu kiriman pembaca hari ini sebungkus TELUR DALAM PLASTIK diletak pada tangga sebuah rumah rakan kru Media Terkini Borneo tanpa diketahui  asal pemilik yang menghantar namun mujurlah pemilik rumah terlibat nekad tidak mengambil telur tersebut sebagai langkah berjaga jaga demi keselamatan keluarganya.

Dalam jejaki kru media terkini dimaklumkan orang yang bersembunyi bagi meletak barang makanan diluar rumah seseorang dilaporkan berniat jahat tanpa bersemuka dengan pemilik rumah berkenaan. 

Dalam zaman masa kini semua boleh berlaku jika dendam kesumat bersarang dalam diri sesebuah keluarga yang bijak bermuka muka tanpa menghayati sesuatu pegangan agama sebagai rujukan hidup seharian.












Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan