Selasa, 29 Jun 2021


  KEDAI KOPI DAN MAKAN MASIH TIDAK BOLEH DUDUK 

Oleh. Gason Dumiri 

Sabah. Siapa boleh atasi kenyataan Menteri Kanan Keselamatan Malaysia dan Ketua Menteri Sabah yang meluluskan kedai makan dan minum semeja dua orang duduk namun golongan penguatkuasa meninjau dan mengarahkan kedai makan dan minum susun semula bangku kedai mereka.

Kejadian serupa dipersoal rakyat jelata warga asli Sabah semasa mereka menemui kru Media Terkini Borneo dekat sini hari ini.

Turut keciwa ialah sebilangan peniaga kedai makan dan kedai minum yang turut mempersoal kenyataan kedua dua Menteri yang mengadakan sidang akbar secara langsung  media massa dan stesen TV membolehkan kedai minum dan kedai makan membenarkan pelanggan duduk 2 orang 1 meja namun tiba tiba diarah tutup masuk semula entah siapa keluar kenyataan ujar mereka.

Sehingga hari ini petang selasa semua kedai minum dan makan seluruh Kota Kinabalu masih tidak dibenarkan duduk dalam kedai makan minum menyebabkan ramai warga asli Sabah terkilan dengan kenyataan bercanggah tersebut.

Sehubungan dengan ini rakyat Sabah meninta Datuk Seri Ahmad Sobri Yakoob Menteri Kanan Pertahanan Malaysia serta Datuk Seri Panglima Haji Hajijih Haji Mohd. Noor Ketua Menteri Sabah menjelaskan perkara sebenar kenyataan media mereka bagai tidak dipatuhi pihak tertentu dalam negeri Sabah tegas orang asli dalam negeri ini.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan