Rabu, 23 Jun 2021


 COVID TIDAK MENYERAH 

Oleh. Huzera Ben. Dunia terus digemparkan dengan serangan virus covid 19 yang todak berhenti sampai hari ini malah dilapirkan terus meningkat dalam rekod dunia dalam aspek kematian dan jangkitan setiap hari.

Dalam rekod terbaru kes kematian seragan covid 19 seluruh dunia direkodkan lebih dari 3.88 juta orang maakala jangkitan meningkat lebih 179.53 juta orang.

Amerika Syarikat mencatatkan kematian serangan virus covid 19 lebih 617,463 orang dan jangkitan terus meningkat lebih 34.41 juta orang.

India juga merekodkan kematian serangan covid 19 lebih 389,268 orang manakala jangkitan lebih 29.97 juta  orang.

Brazil mencatatkan kematian serangan virus covid 19 sehingga hari ini lebih 502,817 orang dengan rekod jangkitan sepanjang lebih setahun lalu 17.96 juta orang. 


Berdasarkan rekod covid 19 di Perancis dengan angka kematian lebih 110,778 orang manakala jangkitan terus merekodkan jumlah masa kini lebih 5.75 juta orang.

Bagi Turki hari ini merekodkan kematian serangan virus covid 19 lebih 49,236 orang dengan kes jangkitan terus meningkat lebih 5.37 juta orang.

Rusia juga terus diserang virus covid 19 dengan angka kematian lebih 129,801 orang sementara jangkitan terus meningkat lebih 5.33 juta orang.

Rekod terbaru covid 19 di Indonesia hari ini mencatatkan kematian lebih 60,000 sementara jangkitan juga melebihi 2.004,445 

Dengan ancanan berterusan ini dunia tidak hanya bergantung harap dengan vaksin melainkan mematuhi SOP pematuhan penjarakan sosial serta sentiasa memakai pelitup muka dengan sempurna.





Nota. Dilarang memuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan  pengiklanan. Editor 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan