Rabu, 9 Jun 2021


 Oleh. Huzera Ben 

VIRUS COVID 19 TIDAK MEMILIH 

New York. Masyarakat seluruh dunia semakin bimbang dengan serangan virus covid 19 yang tidak pernah berhenti siang dan malam bagi mencari mangsa yang leka dan lalai setiap hari.

Antara kelalaian yang kerap berlaku dengan masyarakat sekeliling ialah kealfaan mematuhi penjarakan sosial serta tidak memakai pelitup muka (MASK) menutup mulut dan hidung dengan sempurna.

Dalam rekod jangkitan virus covid 19 kes kematian seluruh dunia hari ini melebihi 3.74 juta orang manakala jangkitan kes yang direkodkan melebihi 174.03 juta orang.

Amerika Syarikat terus merekodkan kematian serangan covid 19 lebih dari 612.366 orang  sementara jangkitan kes telah melebihi 34.21 juta orang sampai hari ini.


Negara India juga terus meningkat kematian serangan virus covid 19 dengan melebihi 349,229 orang disamping jangkitan lebih 28.90 juta orang.

Brazil juga tidak terlepas dengan serangan covid 19 sehingga hari ini telah merekodkan kematian melebihi 473,495 orang sementara kes jangkitan yang direkodkan melebihi 16.94 juta orang.

Dinegara Perancis juga mencatatkan angka tertinggi kematian serangan virus covid 19 dengan melebihi 109,998 orang manakala jumlah jangkitan juga terus meningkat lebih 5.71 juta orang.

Dinegara Turki juga mula menunjuk peningkatan kematian serangan covid 19 dengan angka melebihi 48,164 orang manakala jangkitan melebihi 5.28 juta orang.

Dalam dunia saling bersaing merebut pembelian vaksin bagi usaha memutuskan rantaian covid 19, Rusia terus merekodkan kematian serangan covid 19 melebihi 123,787 orang manakala jangkitan terus dicatat melebihi 5.12 juta orang.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan