Khamis, 24 Jun 2021


 JANGAN LAWAT RUMAH ORANG MASA PKP 

Oleh. Jasly Dollah

Telipok. Perbuatan dua wanita memasuki perkarangan rumah orang kampung masa pkp 3.0 di Kebayau Tamalang Telipok menimbulkan kemarahan orang kampung bagai mereka tidak menghiraukan larangan kerajaan demi memutuskan rangkaian covid 19.

Menurut warga kampung terlibat mereka sendiri pun tidak sesuka hati jiarah rumah kerumah ini kan pula orang luar tanpa mask sesuka hati berjalan kerumah orang kampung milik persendirian bagaikan mencabar larangan pihak kerajaan tanpa diketahui apakah tujuan mereka.

Penduduk kampung yang sekadar menumpang tanah perkampungan juga sewajarnya memohon kebenaran kepada Ketua Kampung atau Pengurusi Jawatankuasa Kumuniti Kampung (PJKK) terlebih dahulu jika membawa kawan atau saudara mereka datang kerumah terlebih dahulu sebelum membuat tindakan sendiri jelas penduduk setempat.

Kru Media Terkini dimaklumkan sudah beberapa kali sudah keluarga menumpang terlibat sesuka hati membawa orang luar kampung datang kerumahnya dalam masa PKP dan PKPD tanpa rasa takut dan bersalah dengan perbuatan mereka membawa orang luar memasuki perkampungan ramai.

Sehubungan dengan pendedahan ini pihak berkuasa tempatan perlu menyiasat perbuatan seumpama agar orang seumpama dapat diambil tindakan sewajarnya dengan perbuatan mereka membawa orang luar masuk sekitar tanah perkampungan yang bergeran tegas orang kampungan.









Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan