Selasa, 15 Jun 2021


 Oleh. Jopis Anak Lagau

PARLIMEN SEPANGGAR MILIK SIAPA?

Menjelang pilihan raya parlimen ke 15 ramai bertanya Parlimen Sepanggar milik siapa dalam perebutan pilihan raya tambahan pula masa kini ianya dipegang oleh pemimpin parti Warisan Sabah.

Kekuatan Pakatan Harapan dikawasan Parlimen Sepanggar ialah Dun Darau dikuasai wakil rakyat Warisan lebih 500 undi manakala Dun Inanam dikuasai oleh wakil rakyat PKR lebih 5,000  undi walaupun Dun Kerambunai ditawan UMNO dengan hanya majoriti 16 undi sahaja pada pilihan raya negeri Sabah yang lepas.

Kebanyakan pengundi berdaftar kawasan parlimen Sepanggar yang ditemui meramalkan bukan muda mahu menumbangkan pemimpin parti pembangkang dikawasan tersebut dalam situasi masa kini wujud kesukaran bagi membentuk permaufakatan GRS, UMNO, PAS DAN BERSATU malah terlalu sukar menghubungi sebilangan pemimpin mereka.

Sementara dikalangan Upko, Warisan, Dap, Amanah dilaporkan tidak bermasaalah bagi melakukan pelbagai kerjasama dalam politik demi mengembalika kekuasaan kerajaan mereka dimasa akan datang.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan