Isnin, 19 Mei 2025

VISI PERJUANGAN BN PERLU SAMPAI PADA RAKYAT JELATA

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Sabah. Visi perjuangan Barisan Nasional negeri ini perlu sampai kepada seluruh lapisan rakyat jelata bermula dari sekarang sehingga kerusi DUN dibubarkan akan datang.

         Amanat Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Pengurusi Barisan Nasional merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia harus disampai kepada segenap lapisan rakyat jika mahu menang dalam PRN ke 17, misi dan visi ini perlu digalas setiap pemimpin kompenen Barisan Nasional bagi memberi keyakinan seluruh warga Sabah kembali memberi sokongan terhadap BN dan PH sampai pilihan raya.

       Menurut warga Sabah,  BN memiliki gabungan disetiap 73 kerusi Dun melibatkan MCA, BN, PBRS serta UMNO yang teguh diperingkat tertinggi masa kini  walaupun desas desus ada ahli akar umbi berpaling tadah, kes seumpama berlaku akibat ada diperingkat cawangan kurang menitik kebajikan ahli diperingkat bawahan sehingga sebilangan ahli meninggalkan parti berhijrah kepada parti lain sejak setahun yang lepas.

       Ada juga warga Sabah yang mendedahkan kebanyakan parti baharu di negeri ini  dipimpin oleh bekas bekas pemimpin lama dari BN UMNO dahulu, namun hari ini golongan terlibat cuba merayu orang Sabah  agar menolak BN UMNO agar kukuh politik dan jawatan yang disandang  mereka dalam tempoh 5 tahun lagi.

       Ini lah percaturan parti parti politik Sabah masa kini yang cuba sedaya upaya  mempengaruhi penduduk Sabah bersatu dalam parti mereka dan menolak parti Malaya, sebaliknya dalam konteks kebebasan rakyat berbilang bangsa dan agama  mereka boleh mengundi sama ada parti Malaya mahupun parti Sabahan yang benar memajukan rakyat. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan