Sabtu, 23 Ogos 2025

PENDUDUK GAZA DITONTON KELAPARAN TERUK

Oleh. Huzera Ben dan Danny Rew 

Gaza. Warga dunia hari ini terus menonton derita  warga Pal

estin yang mendepani kebuluran akibat pencerobohan zionis Israel di Gaza.   

     Bayangkan lah semua bantuan makanan dan perubatan yang disalurkan ke Gaza terus disekat zionis Israel yang memburu pejuang Hamas namun rakyat awam Palestin yang mati kelaparan, zionis Israel dilaporkan terus hilang radar bagi mencari dimana keberadaan Pejuang Hamas dan AlQassam bila Israel sudah berada dibumi Gaza entah bagaimana mereka hilang kesan jejak terhadap pejuang Hamas dan sekutunya.

        Bagi rakyat jelata Israel di TelAviv mereka terus berarak tunjuk perasaan bagi mendesak Israel keluar dari bumi Gaza demi kebebasan rakyat Palestin dan pembebasan tawanan pejuang Hamas, namun berikutan dengan keangkuhan bala tentera zionis Israel yang menceroboh Gaza sasaran utama mereka dilaporkan adalah orang awam warga Palestin yang kebuluran tanpa makanan akibat disekat masuk oleh mereka.

        Dalam kekejaman zionis Israel terhadap Gaza sehingga ramai terbunuh dalam serangan senjata api serta kebuluran warga dunia terus menonton penderitaan mereka tanpa ada yang berupaya menghentikan tindakan Israel, malah sebilangan penduduk Israel sangat berani berhimpun membantah Benjamin Netanyahu yang mengetuai pencerobohan Gaza dibumi Israel sendiri namun tidak dihiraukan oleh Perdana Menteri mereka sendiri.

         Satu persoalan golongan penduduk Palestin mengapa kepumpinan dunia tidak ada yang mampu memberi halangan segala tindakan kejam oleh zionis Israel sehingga kehari ini, tekad zionis Israel mahu memburu para pejuang Hamas dan pejuang AlQassam sama sekai tidak kelihatan bila mana golongan terbunuh dalam serangan dilaporkan majoriti penduduk awam Palestin di Gaza.

       Menurut penduduk Palestin di Gaza mereka langsung tidak tahu dimana para pejuang bersembunyi namun tentera Israel terus memusnahkan kediaman mereka termasuklah menembak rakyat berbaris menunggu bantuan pengagihan makanan, namun semua tindakan zionis Israel dibumi Gaza setakat menjadi laungan kemarahan para pemimpin dunia golongan negara negara maju setiap hari disambut serangan pembunuhan bersenjata zionis Israel tidak mengira kanak kanak dan wanita tegas mereka. 

      Sehingga masa kini Gaza masih diserang Zionis Israel tanpa henti sehingga rumah rumah penduduk Palestin di Gaza musnah malah para khemah khemah perlindungan juga dibedil tentera zionis Israrel, sampai bila kah perbuatan Israel ini mampu dihentikan dan berjaya kah Israel melumpuhkan Pejuang Hamas dan AlQassam sampai akhir pemusnahan dibumi Gaza atau pejuang akan bangkit lebih kuat lagi.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

SELANGKAH DISABAH

IKLAN PINJAMAN DISANA SINI

Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

Sabah. Mempromosi pinjaman wang umpama jual goreng pisang bergantungan disana sini sampai setiap tiang 

penuh dengan iklan pinj

aman wang entah dari mana mereka beroperasi. 

       Anehnya syarikat iklan pinjaman wang ini seolah olah bersembunyi tanpa mempromosikan pinjaman mereka di akbar akbar atau unit penyiaran berdaftar bagi memudahkan orang ramai meyakini urusniaga  mereka. 

       Kru media terkini Borneo dimaklumkan terdapat kumpulan pemasang Iklan Gantung Pinjaman Wang disetiap daerah dalam negeri Sabah, malah pemasang iklan gantung ini sampai dijalan jalan perkampungan memasang Iklan Gantung tanpa sebarang perhatian warga Sabah dengan kesahihan iklan gantung berkenaan. 

       Satu lagi maklumat beberapa warga pelancong ke Sabah mendakwa terdapat golongan warga asing yang berlagak bongkak setiap menggunakan pengangkutan awam, golongan terlibat langsung tidak menghormati orang lain dalam menggunakan pengangkutan awam sehingga mengguris perasaan atau menyakiti orang lain tanpa memohon maaf jelas mereka.

       Antara perbuatan warga asing yang menyakiti orang lain ialah meletak barang walau terkena kaki penumpang lain langsung tidak memohon maaf, ianya jelas menjadi perangai tidak baik dikalangan pelaku dan menjadi sejarah kenangan rakyat Malaysia yang berkunjung ke Sabah tanpa boleh dilupakan sampai bila bila ujar mereka.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian i ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Jumaat, 22 Ogos 2025

SEKOLAH PANTAI TIMUR PERLU BEKAS TENTERA

Oleh. Basron Kirwan 

Sabah. Berdasarkan kepada dua kes kematian pelajar sekolah berasrama dalam negeri ini akibat unsur kaitan buli, kini sudah menjadi keperluan mustahak Bekas Bekas Tentera diserap sebagai Warden atau Pengawal Keselamatan Sekolah terlibat secepat yang boleh. 

          Kerajaan Sabah hanya berurusan dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera cawangan Sabah bagi memperolehi khidmat dari Bekas Bekas Tentera terlatih dalam negeri Sabah.

       Kes kematian yang berkaitan Buli tidak perlu dipandang ringan oleh kerajaan Sabah demi menjamin keselamatan semua pelajar Sekolah Berasrama Penuh, malah majoriti ibu bapa yang ditemui turut bersetuju dengan rancangan penggunaan Bekas Tentera sebagai Warden atau Pengawal Keselamatan Sekolah demi anak anak mereka.  

        Selain dari itu, ibu bapa pelajar Sekolah Berasrama Penuh juga meminta kerajaan Sabah mempertimbangkan usul mereka bagi menggunakan Bekas Bekas Tentera bertugas di Sekolah, ianya sangat perlu bagi mengelak dan membasmi Pembuli didalam sekolah berasrama penuh apa tak lagi kawasan pantai timur Sabah jelas ibu bapa murid yang ditemui dekat sini.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang


 

AKBAR HARIAN TANPA SEMPADAN

Akbar harian ini bersiaran setiap hari dalam bahasa Melayu didalam dan luar negara. 

      Pelbagai ruangan disediakan untuk disertai termasuklah sukan, pelancongan, keagamaan, industri hiburan dan beberapa ruangan lain. 

       Semua ruangan hendak lah ditulis didalam Bahasa Melayu dengan terang dan jelas disamping disertakan dengan gambar gambar asli dan bukan salinan dari ruangan penyiaran lain. 

         Kami sering menerima penghantaran dari siaran saluran lain dan dikemukakan pihak tertentu menyebabkan kami menolaknya secara baik.

         Kepada semua peserta yang berhasrat mahu menjadi sebahagian dari siaran kami boleh menghubungi Media Terkini Harian Kuala Lumpur ditalian 01138554026 dan 0194827829 waktu pejabat sahaja.

Kami Tidak Akan Melayan Sebarang Pertanyaan Selepas Waktu Pejabat.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Khamis, 21 Ogos 2025

WASPADA PENGGUNA NAMA AKBAR MEDIA TERKINI MALAYSIA

Kami mendapat laporan dari pembaca 
Akbar Media Terkini 
Malaysia berhubung ramai laman sosial menggunakan nama Media Terkini sejak kebelakangan ini.

      Perbuatan tersebut meniru jenama kami yang bersiaran sejak 1998 dan berkekalan sampai hari ini, sejajar dengan laporan pembaca kami dimaklumkan pelanggan Media Terkini dalam Malaysia mahupun luar negara berwaspada dan tidak terpedaya dengan pengguna nama akbar kami tanpa kebenaran.

      Semua pelanggan Media Terkini dalam dan luar negara boleh merujuk talian kami 01138554026 dan 0194827829 masa pejabat untuk tindakan selanjutnya, jika ada golongan yang mengaku dari Media Terkini Harian Malaysia untuk pemberitaan dan pengiklanan yang meragukan.

       Kami juga tidak bertanggongjawab dengan golongan yang menyamar dari Media Terkini Harian Malaysia, jika para pelanggan yang didatangi penyamar tidak menghubungi kami terlebih dahulu walau dimana anda berada.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

DUN TG. KERAMAT MILIK SIAPA?

Oleh. Koijul Hairol 

Putatan. Kerusi Dun Tg. Keramat terus menjadi tanda tanya siapa mampu menawan nya selepas piluhan raya negeri tahun ini.

      Dewan undangan negeri Sabah bakal terbubar sendiri pada November tahun ini dan pasti nya kerusi Dun Tg. Keramat bakal menjadi rebutan semua parti.

       Pada pilihan raya negeri ke 16 Dun Tg. Keramat dimenangi oleh UMNO dari kompenen Barisan Nasional sebelum GRS menguasai kerajaan Sabah sejak tahun lalu. 

        Menurut pemerhati parti politik Kota Kinabalu, pilihan raya negeri kali ke 17 bakal penentu Dun Tg. Keramat jika berlaku pertembungan luar biasa, ianya melibatkan Umno BN, Perikatan Nasional, GRS, Warisan, PKDM dan beberapa parti parti kecil tempatan bakal bertembung di Dun tersebut. 

       Hanya rakyat jelata yang mengundi di Dun Tg. Keramat yang mampu memilih calon yang bertanding dikawasan tersebut atau mereka masih setia bersama Umno BN, bagi para pemimpin parti politik yang berhasrat mahu bertanding di Dun Tg. Keramat langkah kanan mereka adalah mempamerkan kerjaya membantu rakyat setempat.

      Tindakan menunjuk kan diri menemui rakyat selepas Bubar Dun Tg. Keramat amnya Dun Sabah rasanya sudah terlambat untuk dinilai para pengundi setempat, namun jika mereka mula bergerak dari sekarang menemui semua rakyat memberi bantuan seperti keperluan rakyat miskin tanpa pilih kasih pasti nya akan dikenang setiap masa.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

SEKOLAH SABAH PERLU GUNA BEKAS TENTERA

Oleh. Norsham Haji Tukirin dan Gifkir Aming 

Sabah. Semua sekolah berasrama penuh dalam negeri ini perlu mengguna Pengawal atau Werden Bekas Tentera Sekolah bagi mengelak 

kejadian Buli Sirius berlaku dimasa akan datang.

         Penggunaan Pengawal atau Warden Sekolah dari Bekas Tentera dan Bekas Polis perlu bagi mengelak kejadian Buli secara berterusan berlaku, Kes Buli tidak boleh dipandang ringan oleh semua lapisan masyarakat terutama disetiap sekolah berasrama penuh memerlukan pengawal bekas Tentera dan bekas Polis. 

       Hanya kawalan ketat sahaja boleh menjamin Pembuli tidak akan melakukan kegiatan tersebut didalam Sekolah berasrama penuh, jika menggunakan Bekas Tentera dan Bekas Polis dengan rekod terbaik pasti menjamin kedudukan setiap murid terhindar dari pembuli setiap masa.

        Menurut sebilangan penduduk dari Borneo, kementerian pendidikan senang sahaja mahu menggunakan khidmat Bekas Tentera dan Bekas Polis, semua urusan boleh dirujuk kepada rekod Jabatan Veteran Angkatan Tentera Sabah atau Jabatan Pesara Polis Sabah jelas mereka.

       Ketegasan Bekas Tentera dan Bekas Polis dengan rekod terbaik serta mahir didalam perundangan keselamatan sedia ada memudahkan mereka mengawal kawasan sekolah, ianya jauh berbeza dari orang awam yang dilantik menjadi Pengawal Keselamatan mahupun Warden Sekolah tertentu tanpa kepakaran yang diperolehi mereka sepanjang berlatih ditempat awam.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang