Khamis, 1 Mei 2025

MISTERI SANTIT NUSANTARA

Oleh. Helary Sukiono

Malindo. Dalam arus dunia kemodenan masih ada lagi warga yang  mengguna
 kan khidmat 

dukun bagi mengenakan orang yang dimusuhi akibat dengki atau perebutan harta.

     Perbuatan mereka menggunakan ilmu sihir dan ada juga menanam jampi serapah darah dalam botol dijalanan orang yang dikenakan mereka, jika kurang ketakwaan meminta perlindungan dari Allah swt pastinya meninggal dunia atau lumpuh orang yang dikenakan dengan ilmu tersebut. 

      Ini didedahkan oleh beberapa pakar ilmuan dalam negara negara serantau berhubung perbuatan ilmu Santit golongan dengki dan tamak haloba harta benda, malah golongan terlibat juga sanggup bergadai wang ringgit demi memburu ilmu santit  semata mata memusnahkan pihak yang mereka dengki dan khianati tanpa salah ujar mereka.

      Sehingga masa kini masih wujud lagi golongan pemburu Santit serta menanam darah jampi dijalanan orang yang dikenakan  pemburu ilmu berkenaan, setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama perlu menjauhi sikap tamak haloba agar tidak terjebak memburu Santit mahupun ilmu sihir jampi darah ditanam pada jalanan. 

        



Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan