Sabtu, 31 Mei 2025

ORANG SABAH HARAP SOLAR KAMPUNG SIAP

Oleh. Norsham Haji Tukirin

Kota Kinabalu. Penduduk perkampungan negeri Sabah mengharap setiap kampung dibina Solar tanpa ada yang keciciran berdasarkan pengumuman Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia di KDCA sempena penutupan perayaan Pesta Menuai dekat sini. 

       Pengumuman tersebut melegakan hati seluruh penduduk luar bandar negeri Sabah namun perlu pemantauan rapi oleh kerajaan persekutuan agar tidak ada keciciran, pemasangan solar setiap perkampungan perlu diagihkan mengikut perkarangan rumah kediaman kawasan perkampungan khususnya orang asal negeri Sabah jelas orang Sabah.

       Kebanyakan penduduk luar bandar Sabah masih banyak yang tidak memiliki tenaga  letrik sampai hari ini akibat tidak ada laluan jalan raya, tidak hairan lah jika ada orang kampung masih menggunakan lilin diwaktu malam sebagai penerang rumah kediaman setiap malam tegas warga kampung. 

       Dengan pengumuman Perdana Menteri Malaysia pemasangan Solar setiap kampung ianya perlu pemantauan kerajaan pusat agar sampai ke sasaran warga kampung, malah pemimpin dan penduduk kampung perlu bersatu memohon peruntukan tersebut tanpa berlengah lagi sesuai dengan pengumuman pemimpin nombor satu negara.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan