Khamis, 29 Mei 2025

HAMPIR SEMUA DIDATANGI MEMBERI WANG

Oleh. Norsham  Haji Tukirin

Sabah. Kebanyakan orang dalam negeri ini hanya tahu menghulur wang ringgit walau siapapun menghampiri mereka terutama pengemis wanita.

       Dengan teknik membawa anak kecil sentiasa menangis pastinya wanita terlibat muda mendapat wang ringgit dari orang ramai, tidak ada seorang pun dikalangan warga mengenali golongan peminta sedekah terlibat apa tak lagi mengambil tahu asal usul golongan terlibat ujar orang ramai.

      Majoriti wanita meminta sedekah dilaporkan sentiasa membawa anak anak kecil agar semua warga bersimpati besar dengan kehadiran mereka melakukan kerja mengemis, tidak hairan lah kerjaya mengemis dilaporkan menjadi pilihan golongan warga yang meragukan berada didalam negeri ini tanpa ada seorang pun sedar asal usul mereka. 

       Ada juga jurugambar bebas yang dimarahi golongan peminta sedekah jika terlihat menggambar masa mereka meminta sedekah dengan orang ramai, malah ramai geng peminta sedekah mengikut langkah sama membawa anak anak kecil  sebagai meraih simpati orang ramai memberi mereka wang setiap hari.

       Perbuatan kumpulan peminta sedekah ini langsung tidak memberi kesedaran golongan warga Sabah walau bertahun tahun lamanya masih terus memberi, anehnya jika penduduk tempatan sendiri yang membuat urusniaga kecil kecilan dengan masyarakat menyokong pemberi wang pada peminta sedekah golongan terlibat tidak beri sokongan.

      Antara pendedahan warga Sabah yang ditemui sebagai mengulas mengapa pengemis jalanan banyak mendapat sokongan dikalangan warga Sabah, sebilangan peniaga tempatan yang mempromosikan perniagaan mereka bagai warga sendiri ramai tidak langsung memberi sokongan walaupun berada didepan mata jelas mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan