Jumaat, 16 Mei 2025

RAMAI BERJANJI TAPI MAJORITI BERDUSTA

Oleh. Gifkir Aming

Sabah. Ramai warga asli negeri ini mendedahkan sukar mencari pemimpin prihatin sebenar pada orang orang yang susah diluar bandar, kebanyakan pemimpin politik lebih kepada mendapat kepada kemenangan undi agar mendapat wakil rakyat dan selebihnya jawatan dalam kerajaan negeri.

       Ini didedahkan warga asli Sabah dalam tinjauan Media Terkini Harian sejak beberapa minggu lalu mengimbau menjelang pilihan raya negeri  tahun ini, puluhan parti politik Sabahan saling berkempen pada rakyat jelata bagi meminta  sokongan undi  dalam pilihan raya negeri namun jauh sekali membantu warga miskin. 

        Ada juga rakyat jelata Sabah yang keciwa terhadap sebilangan orang parti politik yang memilih warga untuk didampingi serta diberi bantuan, berbanding kerajaan perpaduan madani  ramai yang mendapat bantuan makanan menggunakan Kad Pengenalan sahaja dikedai kedai terpilih tegas mereka.

        Tidak hairan lah politik Sabahan terus bertambah banyak setiap tahun apa tak lagi menjelang pilihan raya negeri namun mencapai kemenangan amat lah sukar bagi sesuatu Parti, rakyat jelata yang berdaftar sebagai pengundi setempat pula terlalu sukar  dikempen menyokong penuh sesuatu parti  yang tidak memberi manafaat keatas mereka sepanjang masa  walau dimana berada. 

      Apapun percaturan parti politik tempatan hanya rakyat yang berdaftar sebagai pengundi sahaja yang mampu memilih golongan pemimpin berwibawa disetiap kawasan mereka, kebanyakan orang politik yang sering membelakangkan  rakyat  jelata yang mengundi dikawasan mereka ramai hilang keyakinan dengan pemimpin lupa rakyat jelata yang perlu pelbagai bantuan.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

        
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan