Sabtu, 24 Mei 2025

PERLU PEMANTAUAN PIHAK KERAJAAN SABAH

Oleh. Jusupi  Anak Kurdi dan Gifkir Aming

Sabah. Isu sungai yang dipenuhi sampah dan potongan bambu bertimbun tanpa penyelenggaraan lebih kerap wajar di pantau kerajaan Sabah, selain dari itu  setiap jalan raya yang sempit diluar bandar khususnya kawasan tanah tin
 ggi perlu diperluas

kan bagi mengelak kemalangan (seperti dalam gambar) yang terjatuh akibat sempit bagi lori panjang penghantar barangan.

      Dua isu banjir melimpah dari sungai akibat dipenuhi sampah dari potongan bambu serta jalan raya sempit ditanah tinggi  perlu pemantauan kerajaan Sabah yang telah didokong rakyat jelata, setiap permasaalahan rakyat yang berdaftar sebagai pengundi perlu diutamakan setiap wakil rakyat dan pemimpin kerajaan tempatan termasuklah pemimpin parti politik jika pembela rakyat mereka.

       Antara suara warga pengundi yang ditemui menjelang PRN Sabah sebagai mengulas isu sungai Kibarut tertimbus Sampah dengan Lori hampir terbalik di Jalan Raya SK. Kebayau Telipok baru baru ini, kedua dua kes seumpama boleh melibatkan  kemalangan jiwa jika terus dibiarkan tanpa penyelenggaraan terbaik berterusan apa tak lagi dimusim hujan lebat berlaku setiap tahun jelas mereka. 

      Mujurlah masyarakat didua lokasi tersebut menjelaskan tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku setakat masa berita ini ditulis, namun mereka berharap sangat supaya kerajaan Sabah mengambil tindakan pantas melawat Sungai dekat Jambatan Kinarut serta Jalan Raya SK. Kebayau Telipok demi memperbaikinya.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan