Kuala Lumpur. Ahli ahli pergerakan pemuda Umno Malaysia termasuklah Sabah belum ada sepatah kata pun mengulas kepimpinan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia sampai hari ini, kebanyakan tentangan keatas suara lantang pemimpin pemuda Umno Malaysia dilontarkan oleh pemimpin parti lain berbanding ahli ahli Umno masih terus bersatu dan maufakat.
Datuk Dr. Akmal Saleh ketua pergerakan pemuda UMNO Malaysia jelas masih mendapat sokongan dikalangan seluruh pemuda UMNO Malaysia sehingga hari ini, kelantangan beliau menyuarakan isu isu bernas diseluruh negara melibatkan agama rasmi dalam Malaysia dilapor menggerunkan sebilangan orang politik yang tidak sehaluan dengan BN.
Bagi penyokong pemuda Umno Malaysia khususnya di Sabah jika kerap Datuk Dr. Akmal Saleh menjelajah dan bersuara disetiap negeri pasti UMNO akan didokong semula, malah pemuda Umno Sabah sedang menanti kunjungan Datuk Dr. Akmal Saleh kenegeri tersebut bagi berhujah sebelum pilihan raya negeri Sabah berjalan demi mengembalikan sokongan rakyat seluruh negara.
Kepimpinan UMNO bagi penyokong mereka memerlukan kemesraan semua rakyat dan bukan nya memilih golongan yang didekati malah perlu keberanian seperti Datuk Dr. Akmal Saleh bersuara lantang pembelaan, namun tidak dinafikan ada juga pemimpin bawahan Umno yang bukan sahaja kerap membisu malah enggan berbicara dengan orang ramai yang mendekati mereka walau dimana juga keberadaan mereka.
Jika lebih ramai pemimpin pemuda Umno setiap negeri yang berani dan lantang seperti Datuk Dr. Akmal Saleh mendepani semua musuh politik mereka, pasti rakyat jelata bakal kembali semula kedalam perjuangan UMNO dan BN khususnya melainkan golongan yang sememangnya berpaling tadah politik Sabahan.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan