Inanam. Menjelang pilihan raya negeri ke tujuh belas pemimpin parti politik setempat (Sabahan) dilaporkan saling berebut mahu mengimpikan mahu bertanding bagi meraih kemenangan.
Ada juga dilaporkan satu parti merangka mengusul sampai 4 senarai nama calon dan jika tidak terpilih golongan terlibat bakal bertanding parti lain yang sedang menunggu, ini lah senario politik Dun N. 18 Inanam masa kini demi membangkitkan isu parti Malaya dengan parti Sabahan walaupun bukan muda mahu memenangi kerusi tersebut.
Antara parti yang disebut sebut mahu bertanding ialah PBS, STAR, PGRS, PKDM, ANAK NEGERI, PIS, melawan WARISAN, PH, BN serta beberapa parti kerdil yang lain, malah dilaporkan menjelang PRN ke 17 banyak lagi parti parti kecil Sabahan bakal turun menjadi calon bagi kawasan tersebut bagi memecahbelahkan undi ujar penduduk setempat.
Kru Media Terkini harian Malaysia yang berusaha menjejaki beberapa pemimpin parti diperingkat bahagian setempat gagal berikutan keengganan pemimpin tempatan memberi kerjasama, tidak hairan lah jika Inanam terus menjadi rebutan bagi pemimpin parti politik Sabahan yang bertekad mahu mengalahkan semua pemimpin parti politik berpusat Malaya.
Kerusi Dun N. 18 Inanam masa kini disandang oleh Datuk Peto Galim dari parti PKR yang cuba diusahakan pemimpin parti tempatan untuk menewaskan pada PRN ke 17, semua ini terus menjadi isu percaturan politik Sabahan jika bakal bertamding warga Inanam kelak sama sama kekuatan dengan parti dari Semananjung Malaysia ujar warga tempatan.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan