Sabtu, 31 Mei 2025

HARAP BUKAN SEKADAR TONTONAN

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Penangkapan dan pengusiran Raja Dadah India kenegara asalnya perlu dijadikan sempadan menjauhi najis dadah, tindakan pihak berkuasa dalam negara Malaysia perlu dijadikan nasihat serta pedoman kehidupan golongan masyarakat berbilang bangsa dan agama dinegara ini.

       Penghantaran balik raja dadah kenegara India ini juga mencerminkan pihak berkuasa dalam negara benar benar memerangi najis dadah dari memusnahkan warga serantau, malah penduduk Malaysia tanpa mengira usia wajar membantu kerajaan menjauhi dadah disamping tampil  membantu mengesan saki baki pengedar terbesar dadah jika bersembunyi dalam negara ini.

       Antara misi kerajaan Malaysia dalam memerangi najis dadah yang kian berani bersembunyi dalam negara ini semata mata mahu berurusniaga najis dadah dipusat bandar, mujur lah ianya (raja Dadah) dapat dikesan dan ditangkap berkaitan pengedaran dadah terbesar sebelum dihantar semula kenegara asal mereka untuk siasatan lanjut.

      Mampu kah semua orang muda mudi dalam negara menghentikan amalan menagih najis dadah yang merugikan kehidupan jangka panjang?, hanya generasi yang sayangkan diri serta keluarga tercinta mahu membuang najis dadah dalam kamus hidup mereka yang terbeban sepanjang menagih terbabit.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalan  akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan