Keningau. Tiga kerusi Dewan Undangan Negeri bagi parlimen Keningau terus menjadi teka teki siapa pilihan undi pelbagai lapisan masyarakat setempat, antaranya ialah Dun Tambunan, Dun Bingkor dan Dun Liawan yang dilapor mempunyai ramai parti politik mengimpikan untuk bertanding dikawasan tersebut.
Tiga Dun tersebut juga masih sukar meramal siapa pemimpin dan parti politik yang menjadi pilihan utama seluruh rakyat pengundi dikawasan tersebut menjelang pilihan raya negeri Sabah akan datang, pemimpin dan parti politik dilapor silih bertukar ganti namun warga tempatan masih tidak banyak perubahan melainkan golongan mereka yang sedia berjawatan tinggi serta berharta menampung kehidupan.
Menurut penduduk Parlimen Keningau, semua pemimpin parti politik setempat masing masing mempunyai pilihan tersendiri jenama parti serta nama pemimpin parti yang jujur menolong rakyat setempat, namun belum ada lagi nama calon dan nama parti yang benar benar terpilih menjadi calon pada prn kali ke 17 akan datang tegas mereka.
Warga Keningau hanya menunggu pemimpin prihatin dengan parti politik yang telus iklas memberi khidmat terhadap rakyat jelata tanpa pilih kasih, malah pemimpin parti politik dalam apa juga jenama parti haruslah prihatin terhadap yang memerlukan demi meringankan bebanan warga yang susah.
Pemimpin parti politik juga harus rajin turun padang menemui rakyat jelata pengundi dikawasan masing masing agar tahu kesusahan rakyat dikawasan mereka setiap masa yang ada terluang bersama rakyat, orang parti politik yang hanya manis dan bijak bercakap bukan terbaik menjadi pemimpin dalam pemilihan wakil rakyat selagi gagal memberi bantuan kepada warga yang susah dikawasan mereka.
Apapun warga pengundi dikawasan Dun Liawan, Dun Bingkor dan Dun Tambunan masih bebas memilih siapa sebenar pemimpin parti politik yang jujur membantu mereka, pilihan raya negeri ke 17 merupakan kuasa rakyat memilih pemimpin yang terbaik menjadi wakil rakyat mereka dalam kawasan tiga Dun tersebut penuh tanggongjawab kepada pembangunan dan ekonomi.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan