Ahad, 25 Mei 2025

GAJAH DAHULU DAN GAJAH KINI

Oleh. Norjairi Kirwan

Kuala Lumpur. Perbezaan gajah dahulu dan masa kini dilaporkan berpunca dari perbuatan segelintir manusia meneroka hutan tempat habitat kediaman dan pembiakan mereka. 

      Jika dahulu hutan belantara luas terbentang tempat sang gajah mencari makan namun masa kini ramai manusia rakus meneroka hutan tanpa berfikir kemana haiwan mencari makan, sebaik habitat hutan diceroboh penerokaan sang gajah terpaksa keluar mencari makan walau dimana gerak langkah mereka mencari habitat baru sampai merentasi perkampungan dan jalan raya.

       Tidak ramai warga menitikberatkan pemeliharaan hutan sebagai kediaman haiwan seperti sang gajah mahupun para haiwan lain yang banyak kehilangan hutan penerokaan manusia, namun bila sang gajah memasuki kebun, perkampungan serta meniti  laluan dijalan raya baharu lah setiap warga bercakap sesama sendiri mengapa ianya kerap terjadi tanpa mengimbas hutan telah dibersihkan.

      Sehubungan dengan paparan ini, warga Malaysia perlu membuka minda mereka agar mengutamakan penjagaan hutan belantara supaya sang gajah terpelihara, pemeliharaan hutan belantara wajar dilakukan bermula dari masa kini jika mahu melihat Sang Gajah kembali kejutan tebal tanpa mengganggu kebun, perkampungan dan jalan jalan raya luar bandar.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan