Jumaat, 30 Mei 2025

MAMPUKAH PERANG GAZA DITAMATKAN?

Oleh. Huzera Ben 

Rafah. Pelbagai pelan gencatan senjata dirancang
 namun bagai tidak ada kejay

ana dicapai, akibat bala tentera Israel yang sering memulakan serangan terhadap penduduk Gaza. 

      Tentera Israel sering melaporkan menyerang para pejuang Hamas namun majoriti yang terbunuh adalah kanak kanak kecil dan golongan wanita tanpa kelibat pejuang Hamas, ianya menjadi kemarahan bukan sahaja pejuang Hamas malah turut disokong Pejuang AlQassam dan Pejuang Hizbollah serta pejuang Houti yang kerap bertindak balas. 

      Isu perang di Gaza kerap sekali mendapat kecaman terhadap kumpulan pejuang bagi negara negara luar termasuklah warga negara membangun (bukan beragama Islam), namun jika berada dalam situasi  duduk di Gaza pastinya akan melihat siapa yang cuba merampas hak tanah penduduk Gaza sehingga hari ini lapor warga Gaza. 

      Menurut pejuang Hamas, setiap serangan dan pencerobohan tentera Israel di Gaza ada lah bertujuan mahu merebut kuasa terhadap bumi Gaza, tidak mungkin kami membiarkan bumi Gaza ditawan oleh Tentera Israel dan semua warga luar negara tidak perlu membela Israel  dengan menyalahkan pihak pejuang tegas mereka.

     Sehingga berita ini ditulis belum ada tanda rasmi persetujuan gencatan senjata antara Israrl dan Hamas dimeterai berikutan beberapa syarat Israel yang tidak diterima Hamas, ini dipercayai sengaja diwujudkan oleh Israel demi memberi tekanan kepada para pejuang  Hamas dan sekutunya demi kepentingan warga Israel jelas penduduk Gaza.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

         

Tiada ulasan:

Catat Ulasan