Isnin, 7 November 2022

SIAPA DIMATA PENGUNDI TENOM 

Oleh. Williem Anak Lagau

Tenom. Penduduk seluruh Parlimen Tenom meramalkan hanya 2 orang sahaja yang menjadi pesaing utama memperolehi undi besar pada 19 November 2022.  

Ini diramal pihak 

pengundi dikawasan Kemabong dan Melalap berikutan kematangan pengundi disamping golongan pengundi 18 hingga 23 tahun yang mahu memilih pemimpin berwawasan. 

Antara ramalan pesaing utama ialah Datuk Jamawi Jaffar dari BN UMNO dan Riduan Rubin Calon Bebas lambang Gajah yang juga calon orang muda dan cukup popular dikalangan orang muda kawasan Parlimen Tenom. 

Kebanyakan pengundi parlimen Tenom merupakan etnik Kadazan, Dusun, Murut, Cina dan beberapa etnik kecil yang lain malah ramai juga pengundi beragama Islam dikawasan tersebut, untuk rekod penyandang Kerusi Parlimen Tenom yang terus mempertahankan kerusinya dalam pru ke 15 ialah Puan Norita Sual dari Parti DAP jelas penduduk setempat. 




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan