Isnin, 21 November 2022

PEMIMPIN BERANI TEGAS DISOKONG RAKYAT 

Oleh. Basron Kirwan / Norsham Tukirin 

Kuala Lumpur. No 

DAP No Anwar satu perkataan dari Datuk Seri Hisyhamuddin Tun Hussen merupakan pendirian yang didokong oleh rakyat Malaysia 
secara keseluruhan nya tanpa dipengaruhi sebarang keperluan dalam perjuangan mereka. 

Ahli Parlimen Semberong itu juga sanggup dipecat jika beliau tidak menyokong Perlantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri demi mempertahankan para penyokong BN UMNO diseluruh  negara. 

Turut memberi reaksi memperbaharui visi perjuangan UMNO ialah Isham Jalil MKT UMNO yang mengingatkan seluruh kepimpinan UMNO bertekad memberi segala pembaharuan jentera kepimpinan sehingga keakar umbi agar mampu diterima semula seluruh rakyat Malaysia bagi mengembalikan kegemilangan tampok pemerintahan terhadap negara akan datang. 

Sementara itu Datuk Onn Hafiz Ghazi Menteri Besar Johor terus mendesak Presiden UMNO meletak jawatan sebagai tanggongjawabnya terhadap kekalahan teruk didalam pru ke 15 ini satu sejarah yang sukar diterima seluruh ahli UMNO katanya. 


Dalam situasi semasa perjumpaan para pemimpin tertinggi UMNO kepada kepimpinan Pakatan Harapan hari ini bersama Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim disifatkan secara kebetulan oleh Datuk Seri Wee Kah Siong Presiden MCA dan beliau tidak ada dalam pertemuan tersebut menurut pengakuan nya. 

Gambar pertemuan secara kebetulan tanpa perbincangan jelas oleh semua Ahli Parlimen UMNO dan BN mula disensasikan golongan penyokong pakatan harapan sehingga menjadi kemarahan bukan sahaja sebilangan Ahli Parlimen BN malah sebilangan penyokong BN meminta jangan undi mereka terhadap UMNO BN diheret menyokong Pakatan Harapan jelas mereka yang ditemui. 

Kemelut percaturan perebutan Perdana Menteri seharusnya dibincangkan seluruh Ahli Parlimen UMNO BN yang menang sebelum memilih mana mana yang sesuai sokongan rakyat jelata menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Rakyat yang mengundi UMNO BN meminta agar jangan sesekali undi mereka dibawa memberi kuasa menyokong  Pakatan Harapan agar dipilih Menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 10 akan datang.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan